Isnin, 13 Februari 2023

APA KATA DUNIA COVID 19 DINI HARI 

Oleh. Huzera Ben 

United Kingdom. Hari ini sukar pemimpin dunia bercakap berkaitan covid 19 sehingga penggalak mencecah 3 dos penggalak namun covid 

19 terus membunuh setiap mangsa yang lalai menjaga diri serta berpenyakit kronik yang tinggi. 

Kematian serangan virus covid 19 sehingga hari ini seluruh dunia telah mencecah 6,852,711 orang manakala jangkitan mencecah 672,581,763 orang namun tidak nampak jelas ada tanda tanda penyakit tersebut akan berakhir. 

Amerika Syarikat terus mencatat kematian serangan virus covid 19 mencecah 1,120,667 orang manakala jangkitan berjumlah 102,569,435 orang, ianya disusuli negara India dengan kematian serangan covid 19 berjumlah 530,750 orang manakala jangkitan berjumlah 44,685,219 orang.

Negara Perancis turut mencatat kematian serangan covid 19 berjumlah 160,917 orang manakala jangkitan berjumlah 38,517,125;orang, selain dari itu negara Jerman juga merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 166,763 orang manakala jangkitan mencecah kepada 37,907,312 orang. 

Turut mencatan kematian tertinggi serangan virus covid 19 ialah negara Brazil berjumlah 697,662 orang manakala  jangkitan berjumlah 36,930,339 orang, sementara negara ini United Kingdom mencatatkan kematian tertinggi berjumlah 217,205 orang manakala kes jangkitan  berjumlah 24,315,979;orang. 

Bagi negara Jepun jumlah kematian serangan covid 19 sehingga kini berjumlah 70,566 orang manakala jangkitan berjumlah 32,957,753 orang, ianya turut disertai negara Korea Selatan dengan jumlah kematian 33,736 orang sementara jumlah kes jangkitan ialah 30,350,199 orang.

Dinegara Itali  mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 187,551 orang dan jumlah jangkitan sehingga hari ini ialah 25,519,067 orang, dan negara Rusia juga mencatatkan kematian serangan virus covid 19  berjumlah 387,560 orang  sementara kes jangkitan sehingga hari  mencatatkan 21,750,311 orang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan