Isnin, 20 Februari 2023

BAGAIMANA JALAN RAYA TIDAK TENGGELAM?

Oleh. Gason Dumiri  

Rakyat seluruh negara Malaysia bertanya kepada sebilangan Wakil Rakyat mereka bagaimana status jalan raya tidak tenggelam banjir jika langsung tidak ada saliran perparitan dikiri kanan jalan raya mereka. 

Setiap musim tengkujuh sebilangan besar jalan raya dikawasan tanah rendah pasti ditenggelami banjir besar sehingga 2 ke 3 hari akibat tidak ada saliran air  disepanjang jalan  jalan raya berkenaan. 

Anehnya sebilangan warga yang mendepani kejadian seumpama juga sekadar membisu tanpa bersuara walaupun setiap hari melalui kejadian seumpama namun kekal juga membisu keluh penduduk yang ditemui.

Sehubungan dengan pendedahan ini, seluruh Wakil Wakil Rakyat perlu turun padang meninjau setiap jalan raya agar semua perparitan dapat dibina dengan setiap kawasan Adun demi keselamatan warga penduduk berhampiran.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan