Ahad, 12 Februari 2023

JANDELA SEMASA

PENDUDUK BERSIHKAN JALAN RAYA 

Oleh. Norsham Tukirin 

Penduduk luar bandar terpaksa membersihkan jalan raya mereka berikutan tidak ada usaha kerajaan membantu membersihkan jalan raya luar bandar.

Selain tidak ada usaha membantu membersihkan jalan raya sejak beberapa bulan yang lepas peruntukan jamuan kepada peserta membersihkan jalan raya juga tidak pernah disalur oleh kepimpinan kerajaan jelas orang kampung yang ditemui.

Semua aktiviti membersihkan jalan raya mahupun sekeliling setiap kampung dilaporkan terpaksa ditanggong oleh sebilangan penduduk yang berkemampuan, sebaliknya orang kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang terpaksa meninggalkan kerja kebun mereka semata mata membersihkan jalan raya dan perkampungan tanpa sebarang bantuan.


BENARKAH PATI TIADA LAGI JADI GUARDS? 

Oleh. Jasly Dollah 

Benarkah PATI tidak lagi menyertai pengawal keselamatan, upas, guards persendirian didalam negara ini berikutan operasi memburu mereka telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.

Sebilangan rakyat Malaysia termasuk di Sarawak dan Sabah masih sangsi dengan isu tersebut berikutan masih ada laporan petugas terlibat masih ramai berbahasa asing disamping beruniform dengan hanya memakai selipar setiap kali bertugas lapor orang ramai. 

Pengawal Keselamatan, Guards, Upas atau Jaga seharusnya dipantau setiap hari bagi memastikan mereka penuh berdisiplin sepanjang masa menjalankan tugas dimana lokasi mereka  berjaga ujar orang ramai. 

Setiap orang asli dalam negara Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah  boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi memburu sebilangan PATI yang dilaporkan masih berselindung menjadi UPAS, GUARDS PERSENDIRIAN yang digaji golongan yang melindungi mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan