Sabtu, 4 Februari 2023

DEDAH TERSIRAT 

Mengapa harga getah bagi Sarawak dan Sabah diparas bawah RM3.30 sekilogram bagi kepingan?, adakah getah tidak lagi boleh kembali kepada harga dahulu antara RM5.00 sehingga RM8.00 sekilogram bagi kepingan getah dimasa lalu.

Sebilangan penoreh getah kecil kecilan yang berkerja dengan kebun getah orang terus dibelenggu dengan pendapatan yang kurang memuaskan.

Impian penoreh getah milik orang lain mengharapkan agar kerajaan dapat menaik harga getah kepingan lebih dari harga masa kini demi menambah ekonomi dikalangan penoreh getah kebun orang lain secepat yang boleh ujar mereka. Oleh. Jasly Dollah   

MISTERI ALAM NYATA  

Siapa menduga mampu melihat mahluk dimuka bumi ini yang tidak dijangka besarnya amat luar biasa.

Adakah serangga ini sudah cukup tua atau kesuburan tubuhnya lebih luar biasa dari serangga lain.

Kiriman pembaca Media Terkini Borneo hari ini sebagai tatapan umum dimana juga berada demi mengenali segala yang terdapat dimuka bumi ini.  Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

PETAI DIPUNCAK BUKIT 

Ramai penggemar buah petai mengesahkan PETAI DIPUNCAK BUKIT rasa sedap dan memiliki perasa yang lain, namun ianya terlalu banyak musuh jika tidak dijaga dengan baik dari serangan pelbagai jenis haiwan jelas penanam Petai dikemuncak bukit.

Musim bulan Febuari Petai dilaporkan mula membesar buahnya disamping tengah dinantikan setiap penggemar makanan buah petai agar bijinya penuh dalam tempat buahnya. Oleh Koijul Hairul




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan