Berita Ringkas
Oleh. Jopis Anak Lagau
BUKA MATA CELIK DIJIWA
Pengguna pengangkutan awan Sabah mengajak seluruh rakyat Sabah bertindak memboikot semua pemandu Bus Mini yang sesuka hati menaik kadar tambang disamping menjadikan semua Bus Stop sebagai Terminal Menunggu Penumpang yang jelas melanggar perundangan pihak berkuasa tempatan.
Sikap mereka ini telah disuarakan sejak setahun yang lalu bukan sahaja kepada pihak berkuasa tempatan namun telah pun dihebahkan dibeberapa akbar tempatan namun masih juga kedegilan pemandu Bus Mini berlaku setiap hari bagai tidak takut dengan undang undang yang sedia menanti jika ditahan pihak berkuasa tempatan.
Anrara lain sikap pemandu Bus Mini yang menaik kadar tambang dan menjadikan Bus Stop sebagai Terminal ialah memarahi penumpang jika tidak membayar kenaikan yang sendiri mereka buat disamping marah jika Bus Mini patuh tambang biasa singgah angkat penumpang di Bus Stop tempat berbaris pemandu yang tamak haloba.
Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat asli Sabah kena berani bertindak memboikot Bus Bus Mini yang tamak tanpa takut dengan sikap mereka yang tamak dan penuh samseng memarahi pemandu yang mematuhi perundangan pihak kerajaan negeri Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan