Khamis, 8 April 2021

Oleh. Koijul Hairul 

TABURAN ETNIK LIWAN DI SABAH 

Lahad Datu. Liwan merupakan etnik yang hanya terdapat di Tambunan, Ranau, Kundasang dan Keningau dalam sejarah etnik tersebut ribuan tahun dahulu.

Etnik tersebut juga memiliki kelembutan serta kehalusan tata bahasa mereka sehingga terlalu ramai meminati serta mempelajari sebutan dan cara penyampaian senikata suara agar lebih menarik dan muda difahami pelbagai etnik kaum Dusun yang lain.


 Etnik Liwan juga merupakan tergolong kaum Dusun dengan menggunakan bahasa LIWAN yang dianggap terlalu halus bahasa mereka semasa berhadapan dengan pelbagai etnik yang termaktub dalam rumpun Dusun dipelusuk negeri Sabah.

Seorang generasi Liwan disini yang mahu dikenali Lim memberitahu kehalusan bahasa Liwan merupakan satu kebanggaan generasi mereka mempertahankan bahasa tersebut walaupun berpuluh tahun bertugas diperantauan jelasnya.

Namun dalam peredaran masa kemodenan masa kini generasi anak cucu cicit kaum Liwan telah banyak berubah sehingga ada yang tidak lagi pandai berbahasa loghat LIWAN walaupun moyang mereka adalah kaum tersebut.

Lim yakin anak cucu dan cicit kaum Liwan sudah bertaburan diseluruh Malaysia berikutan ramai sudah yang berkhawin dengan etnik etnik lain diseluruh negara ini malah terdapat sampai ke luar negara mungkin katanya.

Dalam tinjauan kru Media Terkini diseluruh Malaysia terdapat masyarakat DUSUN yang menggunakan loghat bahasa LIWAN di Semananjung Malaysia sama ada berumahtangga disana mahupun yang berkerja dibeberapa kawasan seluruh Semananjung sejak puluhan tahun lalu.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan