Isnin, 26 April 2021

Oleh. Williem Anak Lagau 

SEMUA BUS STOP JADI TERMINAL 

Sabah. Masyarakat awam terkilan melihat semua Bus Stop sepanjang jalan raya besar dijadikan TERMINAL MENUNGGU PENUMPANG setiap hari sehingga menjadi kesesekan jalan raya yang sangat teruk.

Perbuatan menjadikan semua Bus Stop sebagai Terminal Menunggu penumpang juga sangat memalukan dikalangan pemandu yang membuat peraturan sendiri tanpa menghiraukan undang undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Selain dari itu ramai juga pemandu Bus Mini sesuka hati menaik kadar tambang pengangkutan mereka tanpa kelulusan dari pihak kerajaan tanpa rasa bersalah mengambil wang rakyat miskin lebih dari kadar tambang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan pendedahan ini orang ramai yang menggunakan pengangkutan Bus Mini supaya berani bersuara menentang kenaikan kadar tambang disamping menghalang penumpang Bus Mini memilih Bus Mini yang mereka penuh keselesaan setiap hari.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan