Selasa, 13 April 2021

Oleh. Gason Dumiri

MAMPUKAH PN TAWAN HATI RAKYAT?

Tuaran. Cabaran menawan kerusi Parlimen Tuaran merupakan misi yang besar bagi BERSATU, UMNO, PBS, STAR, SAPP, PAS, PBRS, MCA dalam pilihan raya ke 15 akan datang.

Parti parti tersebut yang bernaung dalam Gabungan Rakyat Sabah bakal berhadapan dengan UPKO, WARISAN, PKR, DAP, AMANAH dibawah Warusan Plus dengan Pakatan Harapan akan bertarung merebut 25 Kerusi Parlimen  dalam negeri Sabah walaupun tidak semudah apa yang dirangka ahli ahli parti politik masa kini.

Parlimen Tuaran dimenangi calon dari UPKO semasa bersama dengan Parti Kompenan BN namun wakil parlimen terlibat menyokong Warisan dan Pakatan Harapan sebaik sahaja kerajaan BN tewas kepada Pakatan Harapan yang berjaya memerintah lebih kurang 22 bulan sahaja.

Dalam menanti PRU ke 15 saling merebut sebanyak 25 kerusi Parlimen dalam Sabah sudah pasti pelbagai cara para pemimpin parti politik berusaha meraih sokongan rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dikawasan masing masing.

Kru Media Terkini yang berusaha mendekati beberapa rakyat yang berdaftar sebagai pemilih mendakwa bukan senang jiwa rakyat ditawan ahli parti politik yang jelas bermusim tanpa dilihat menemui pengundi dikawasan luar bandar melainkan kurang sebulan mengundi baru air muka kelihatan turun padang ujar golongan orang kampung.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan