UMNO BN PERLU PERKASA BERSAMA RAKYAT
Kuala Lumpur. Umno dan BN perlu memperkasa hubungan baik dengan semua lapisan masyarakat di Semananjung Malaysia mahupun Sarawak dan Sabah bermula dari sekarang jika mahu meraih sokongan mereka dalam pru ke 15 akan datang.
Kuasa kekuatan sesuatu parti politik bergantung kepada agenda setiap parti yang komited mendampingi rakyat jelata termasuk lah orang orang kampung yang sepi menanti khidmat perjuangan setiap ketua ketua parti politik nahupun ajk diperingkat bahagian terhadap mereka.
Sejak pergeseran antara UMNO dan BERSATU dalam perebutan kerusi kerusi Parlimen sebilangan rakyat meramalkan pergeseran seumpama akan berterusan sehingga pilihan raya ke 15 akan datang.
Ada juga aktivis masyarakat yang membayangkan pergeseran kedua dua parti UMNO dan BERSATU mungkin memberi kekuatan parti lawan jika semua parti bertanding dalam kerusi parlimen sehingga lebih 4 penjuru calon bertanding ujar mereka.
Selain dari itu pergeseran UMNO dan BERSATU boleh memberi kesan besar terhadap sokongan rakyat terhadap kedua dua parti berkenaan jika para pemimpin bahagian tidak menjelaskan agenda punca pergeseran mereka dihati dan naluri rakyar berbilang bangsa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan