Jumaat, 9 April 2021

 Oleh. Jaitos Dumiri 

TABURAN PAYAT  MUKIM KUMAWANAN 

Tambunan. Keturunan Sakag Atau Payat generasi Mukim Kumawanan dilaporkan bertaburan diseluruh Malaysia sehingga kehari ini dimana sejarah mereka adalah memiliki pertalian persaudaraan moyang mereka dahulu.

Payat Mukim  Kumawanan terdiri dari penduduk asli Kg. Watang, Kg. Tohan, Kg. Lumolongis dan beberapa lagi perkampungan sekitar yang menjadi asal generasi Payat atau Sakag Mukim Kumawanan. 

Antara generasi yang berasal dari Mukim Kumawanan Tambunan ialah Aki Addou (Telah Meninggal Dunia) Aki Lantou (Telah Meninggal Dunia) dan banyak lagi atuk moyang mereka yang dilaporkan telah meninggal dunia ratusan malah mungkin ribuan tahun dahulu. 

Berdasarkan sejarah yang diceritakan beberapa Payat Generasi Mukim Kumawanan taburan keturunan mereka yang dikenali Etnik Bahasa Liwan  bukan sahaja berada di Sabah malah telah banyak yang berhijrah di Semananjung Malaysia sama ada berkerja atau berkeluarga disana sini ujar mereka.

Sejarah Payat Atau Sakag Mukim ini terlalu luas melibatkan ribuan penduduk keturunan malah mungkin lebih jika dirungkai satu persatu namun unik nya generasi mereka ada lah berbilang agama walaupun satu keturunan nenek dan atuk moyang mereka.

BERSAMBUNG................. 








Nota  Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan