Isnin, 20 November 2017

Oleh. Noor Abdullah
KEPIMPINAN BAHAGIAN PBS SABAH PERLU PENAMBAH BAIKAN
Sabah. Minda daya fikir seluruh kepimpinan penjawat disetiap bahagian PBS seluruh negeri ini perlu pembaharuan terbuka kepada semua kaum rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama apa tak lagi mencurigai sesama sendiri dikalangan ahli parti sendiri mahupun kompenan BN yang lain sehingga ada yang sanggup menuding jari sebagai penyokong parti pembangkang, ini menimbulkan kesangsian dikalangan ahli parti yang tidak berjawatan diperingkat bahagian terutama beberapa kawasan yang tewas dalam pilihan raya ke 13 yang lalu namun masih tidak memberi kesedaran terbuka semua parti kompenan BN sebagai merampas semula kerusi tersebut pada PRU ke 14 akan datang.
Amanat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul  Razak yang mahukan seluruh pemimpin dan penyokong parti kompenan BN bersatu tanpa mencurigai sesama sendiri tidak akan tercapai selagi wujud rasa takut dan tercabar kedudukan jawatan diperingkat bahagian dalam jangkamasa panjang terutama dalam pergolakan politik panas sehingga pilihan raya akan datang, tidak hairan lah jika lebih ramai penyokong parti kompenan BN secara berani dan terbuka menyokong pemimpin parti pembangkang demi menunjuk protes sebilangan pemimpin parti kompenan BN yang menidak kan sokongan sebulat suara penyokong serta ahli ahli parti kompenan BN dengan beralih arah kepada parti pembangkang tanpa berlapik mulut mereka setiap hari.
Diantara kerusi panas BN pada PRU ke 14 akan datang ialah PARLIMEN Ranau, DUN Karanaan, DUN Kundasang, PARLIMEN Sepanggar, DUN Inanam, DUN Kerambunai,  DUN Luyang serta beberapa lagi kawasan diseluruh negeri ini jika tidak berusaha bagi muhassabah diri kearah bermaufakat dan menjauhi sikap mencurigai sesama sendiri.
BERJUANG LAH KEARAH MEMARTABATKAN KEPIMPINAN KERAJAAN SEDIA ADA TANPA MENCURIGAI RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN MEMPERKASA KERAJAAN YANG AKTIF MEMBELA SELURUH PERMASAALAHAN SELURUH RAKYAT JELATA SETEMPAT.
Gambar hiasan para pemimpin lama dan setia kepada PBS DAN BAN di DUN Kadamaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan