Ahad, 19 November 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
PAN SOKONG PH BENTUK KERAJAAN
Sabah. Parti Anak Negeri Sabah akan memberi sokongan penuh terhadap Pakatan Harapan Rakyat Malaysia Sabah jika mampu menukar Barisan Nasional sebagai kerajaan selepas pilihan raya ke 14 akan datang, malah PAN tidak mempunyai halangan bagi menyokong Pakatan Harapan Rakyat Malaysia walaupun sehingga sekarang belum ada ikrar taat setia menyertai gabungan pakatan secara sah namun atas dasar perjuangan lebih berpihak kepada Pakatan Harapan Rakyat seluruh negara jika mereka berupaya menukar kerajaan selepas pilihan raya ke 14 akan datang.
Parti Anak Negeri Sabah juga sedang berusaha meyakinkan seluruh rakyat jelata dengan jelajah seluruh Sabah secara berperingkat menerusi seluruh sayap disetiap kawasan Parlimen juga sebagai persediaan menghadapi pilihan raya ke14 dijangka amat sengit dengan pertembungan banyak disetiap kerusi DUN mahupun PARLIMEN berdasarkan jumlah parti politik pembangkang yang aktif berkempen sehingga kini tanpa mengira waktu dan tempat asalkan berhadapan rakyat jelata, dalam konteks seumpama ramai juga tokoh politik meramalkan rakyat tidak perlu dimanhakan dengan politik wang bagi menilai sejauh mana sokongan setia rakyat tergadap perjuangan sesebuah parti politik khususnya golongan yang telus berani berwawasan dan berintegriti demi masa depan negara dan raktat terjamin.
Demikian pandangan beberapa parti politik yang ditemui dalam tinjauan Media Terkini bagi merungkai halatuju perjuangan mereka bersama rakyat dipelusuk negeri ini terutama menjelang pilihan raya ke 14 tidak lama lagi, namun bagi Datuk Henrynus Amin dalam gagasan halatuju politik PAN lebih memilih secara jujur menyokong Pakatan Harapan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan bersama demi masa depan negara dan raktat Malaysia kearah lebih terpelihara dan memiliki jaminan terbaik masa depan katanya.
Media Terkini juga dimaklumkan Parti Anak Negeri Sabah belum membentuk mana mana pakatan parti pembangkang dalam Sabah dan Seluruh Malaysia secara bertulus sehingga berita ini dikeluarkan namun kepimpinan PAN optimis jika Pakatan Harapan Rakyat Malaysia mampu menewaskan BN parti mereka (PAN) terus menyokong, sementara itu beberapa parti pembangkang Sabah yang ditinjau group media terkini Malaysia bagai ragu ragu mendekati media yang berpengkalan dari Kuala Lumpur bagai ada sesuatu yang mereka tak mahu diketengahkan dengan alasan parti mereka (Pembangkang Tempatan Sabah) tidak memiliki dana kewangan melaksanakan pelbagai jentera parti mereka.
PAN DILIHAT RAKYAT SABAH BERPOTENSI JIKA DIBERI PELUANG BERJUANG BERSAMA RAKYAT JELATA SAMPAI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT MENDAPAT KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA UJAR ORANG RAMAI.







       




Gambar Dato' Gulam Tomai Pengurusi Taspos Islam Parti Anak Negeri Sabah merangkap Pengurusi PAN N.1  Banggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan