Sabtu, 18 November 2017


Oleh. Bujie Tukarang
PIHAK BERKUASA WAJAR BERHEMAH
Kudat. Semua tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan wajar mematuhi kewajaran pertimbangan dengan mengambil kira dasar perikemanusiaan melibatkan rumah setiap rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, jika berlaku kesalahan sekalipun dikalangan penghuni rumah bagi membina rumah ditanah kerajaan beri lah peluang pada mereka (pemilik rumah) bagi membuka rumah mereka bagi dipergunakan membina semula ditempat lain agar tidak nampak berlaku satu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat yang mencari makan sebagai nelayan ditengah lautan.
Pengurusi Taspos Islam Parti Anak Negeri Sabah Dato' Gulam Tomai berkata demikian sebagai mengulas kejadian pihak berkuasa merobohkan sebuah rumah penduduk kampung anak Sabah yang dilaporkan rumah setinggan dalam operasi bersepadu di Kg. Pangaraban Kudat baru baru ini walaupun pemilik rumah terbabit sedang berada ditengah laut sebagai nelayan mencari reziki demi kehidupan keluarga, dalam konteks tugasan pihak berkuasa tempatan apa tak lagi OPERASI BERSEPADU sememangnya tidak ada halangan sebagai rakyat Malaysia apa tak lagi melibatkan keselamatan negara amat disokong demi keselamatan tanah air kita bersama namun perlu menggunakan dasar timbangrasa agar jangan robohkan rumah orang kampung masa ketiadaan orang rumah yang sedang mencari reziki ditengah lautan tegasnya.
Dato' Gulam Tomai menambah, sebagai pemimpin parti politik Anak Negeri Sabah perlu menyuarakan sesuatu perkara yang terlepas pandang dimana jika berlaku kemusnahan perkakas rumah rakyat anak negeri Sabah yang disengajakan oleh pihak berkuasa tidak salah menghulurkan bantuan seadanya kepada mangsa pihak yang merobohkan rumah terlibat, namun jika pihak terlibat terus berdalih atau diam membisu dengan inseden yang berlaku seluruh rakyat Pangaraban mahupun Parlimen Kudat perlu bersatu menyokong Parti Anak Negeri yang terus berjuang bersama setiap masaalah rakyat setempat dalam apa juga keadaan yang benar bagi menukar kepimpinan kawasan tersebut pada pilihan raya ke 14 akan datang jelas beliau. GAMBAR ATAS DATO' GULAM TOMAI PENGURUSI PARTI ANAK NEGERI N. 1 BANGGI  MERANGKAP PENGURUSI TASPOS ISLAM PARTI ANAK NEGERI SABAH. Gambar rumah yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan semasa operasi bersepadu minggu lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan