Khamis, 2 November 2017

Oleh. Jasly Anak Dollah
PAN MILIKI WAKIL KERUSI DUN
(GEMPUR JELAJAH RAKYAT SABAH)
Sabah. Parti Anak Negeri Sabah hari ini 2 Nov 2017 sah memiliki wakil dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah selepas kemasukan YB. Dr. Edwin Bosi pewaris kepimpinan Mendiang Datuk Peter Mojuntin yang banyak terbiar sejak sekian lama dikawasan Penampang dan Sabah amnya, malah kewibawaan beliau dalam hubungan seluruh lapisan masyarakat dalam Sabah agar memahami atau menghayati sejarah perjuangan para pemimpin terdahulu wajar disemai dan dipupuk generasi muda mudi hari ini apa tak lagi sejarah sebebar BATU SUMPAH yang dimeterai bersama dalam pembentukan Malaysia 1963 yang lalu.
Hari ini Parti Anak Negeri (PAN) masih mengekalkan perjuangan Batu Sumpah yang berusaha merealisasikan kebebasan beragama dalam Sabah dan Sarawak disamping menegak kuasa kuasa tempatan hak NCR seperti yang terkandung dalam Batu Sumpah di Sabah, dengan komited dalam perjuangan berteras lima prinsip dalam Batu Sumpah maka PAN kini menjadi keyakinan golongan DOKTOR yang menceburi arena politik khususnya kaum Tionghua Saudara Pemimpin Beragama Islam yang yakin teras perjuangan Parti PAN mampu menyatupadukan semua kaum dalam satu parti agar tidak berpecah belah kefahaman politik seperti hari ini di Sab h.
Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Anak Negeri (PAN) dan YB Dr. Edwin Bosi berkata demikian dalam pertemuan Media Terkini Malaysia di Buhavan Square semasa penyerahan keahlian Parti PAN Dr. Edwin Bosi kepada Datuk Henrynus disaksikan lebih 300 orang warga Penampang yang mengiringi YB Edwin Bosi pada majlis tersebut.
Kehadiran Editorial Media Terkini amat jelas tidak disenangi oleh segelintir masyarakat dikawasan Sabah memandangkan berpysat di Semananjung Malaysia terutama sesetengah hati tidak toleran dengan rakyat Malaysia namun Media Terkini sebenarnya diundang khas oleh Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Anak Negeri (PAN), perjuangan parti tersebut jika masih kurang menerima kehadiran media diluar Sabah dipercayai Presiden sahaja yang mampu diterima rakyat Malaysia di Sabah manakala orang memimpin bawahan yang cuba bermain api tidak memberi layanan terbuka semua media Sabah mahupun Kuala Lumpur akan dinilai rakyat jelata yang tidak suka perbelahan dengan Semananjung Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia di Sabah adalah menjadi harapan agar Datuk Henrynus Amin memberi taklimat seluruh kepimpinan PAN Sabah agar toleran menerima syarikat akbar dari luar Sabah agar mampu memberi kefahaman misi PAN setiap masa, hanya permaufakatan dan hubungan erat media dan rakyat jelata mampu meraih sokongan padu tanpa syak wasangka diantara satu sama lain demi PAN mendapat kemenangan dalam pilihan raya ke 14 akan datang dimana ketelusan dan kejujuran serta keberanian dan keprihatinan Datuk Henrynus Amin tidak ada tolak bandingnya melainkan ada orang cuba menghalang hubungan Henrynus Amin dengan akbar Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan