Jumaat, 16 Mac 2018

TAMPARIK TUNJUK TARING AGAR WUJUD TAUBAT
Oleh. Reules Jumisid
Inanam. Sepohon KAYU BESAR MUSNAH disambar TARING TAMPARIK (KILAT API) hari khamis 15 March 2018 dibekas tapak  pemeliharaan LEMBU Kg. Kebayau Telipok sehingga terbongkar dan patah mematah pokoknya, kejadian tersebut menarik perhatian seluruh penduduk Kg. Kebayau, Kg. Tamalang dan Kg. Logkou Baru Telipok dimana pelbagai rumusan wargatua kampung terlibat khususnya dikaitkan NAASAB bagi kepercayaan kaum DUSUN dahulu jika ada sesuatu yang diperlakukan individu penduduk setempat .
Menurut beberapa wargatua penduduk sekitar yang ditemui jika tidak berlaku NAASAB dengan kejedian tersebut besar kemungkinan ia merupakan petunjuk dari Allah swt terhadap orang orang tertentu yang melakukan kesalahan terhadap keluarga, saudara mara yang tidak sempat memohon maaf keatas mereka, peringatan Allah dengan sekadar memusnahkan pokok tersebut perlu disedari seluruh penduduk sekitar agar yang melakukan kesalahan besar pada orang sekeliling cepat cepat lah bertaubat dengan orang yang mereka kasari atau sumpah maki hamun agar Allah lindungi serta ampunkan segala kesalahan masyarakat berkenaan.
GAMBAR DISIARKAN AMAT MENAKUTKAN JIKA DIPERHATIKAN LEBIH DEKAT DAN DIRENUNGI LEBIH MENDALAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan