Isnin, 12 Mac 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
PENYOKONG KOMPENEN BN SERASI DENGAN KEPIMPINAN BERKERJA JELAS
Kota Belud.  Rakyat lebih memilih pemimpin yang rajin bekerja dan ringan tulang menghulur bantuan terhadap masyarakat berbilang kaum berbanding dengan pemimpin menyendiri dan kuku besi tanpa iklas menghulur bantuan setiap kali bersama rakyat jelata, keyakinan rakyat jelata terhadap kepimpinan seseorang disetiap kawasan DUN atau PARLIMEN merupakan mementing kualiti kearah pemimpin  yang berjaya menghulur sumbangan pada rakyat mengikut kemampuan individu tanpa sebarang ketetapan yang dikehendaki.
Antara suara yang  dikemukakan beberapa penyokong parti kompenan BN dikawasan Parlimen Kota Belud serta Dun Kadamaian demi mempertahankan Kerusi agar tidak ditawan semula parti pembangkang pada PRU ke 14 akan datang,  keteria calon yang disuarakan oleh rakyat mengundi adalah pemimpin yang tidak henti henti berkerja melawat seluruh rakyat jelata dipelusuk negeri ini  khususnya Dun Kadamaian tanpa mengira masa dan tempat  agar diketengahkan pada kerajaan masaalah rakyat  dan lebih bertanggongjawab.
Diantara senarai nama yang nama yang didedahkan oleh penyokong PBS dan kompenan BN dalam agenda politik mereka pada PRU ke 14 ialah Daimin Sulukan seorang PPM dipejabat  UPPM DUN Kadamaian dengan hubungan rapat kepimpinan diperingkat tertinggi BN, tidak hairan lah pelbagai gambar PPM Daimin Sulukan bersama kepimpinan tertinggi PBS mendepani pelbagai masaalah setempat agar tidak mengeciwakan rakyat jika terpilih menjadi wakil rakyat nanti pada Pilihan Raya ke 14 akan datang jelas warga Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan