Khamis, 29 Mac 2018

Oleh. Noor Abdullah
GABUNGAN SABAH MANTAP JIKA RAKYAT BERSATU
Sabah. Semua parti dalam gabungan Sabah boleh memperkasakan kekuatan sokongan rakyat jelata jika jentera diperingkat akar umbi  benar benar jujur prihatin rendah diri kearah memperhebatkan sokongan masyarakat terhadap dasar perjuangan parti  Gabungan Sabah demi memenangi undi dalam masa pilihan raya ke 14 sedikit masa lagi, selain dari itu seluruh misi perjuangan GS juga wajar disampaikan kepada setiap isi rumah yang berdaftar sebagai pengundi agar rakyat secara keseluruhan nya mampu menerima konsep perjuangan sebenar kepimpinan parti dalam GS demi tanah air Sabah yang diduduki anak anak watan sejak sebelum merdeka lagi.
Suara penyokong setia GS dari Star wanita perkasa Dun Inanam Hana Soining dalam satu kenyataan dikemukakan kepada Media Terkini Malaysia sebagai memberi penerangan dan mengajak rakyat seluruh Parlimen Sepanggar amnya negeri Sabah bersatu memberi undi pada calon calon GS demi menjadi kerajaan negeri Sabah amnya bersuara satu misi keatas hak hak Sabah dalam MA 63 terperinci dalam perjanjian kemerdekaan lalu, selaku generasi muda juga beliau terpanggil bersuara demi generasi keturunan anak negeri Sabah supaya menjadi pedoman semua berdaftar sebagai pengundi agar tidak berpecah kepada calon calon yang sekadar mencuba nasib menjadi wakil rakyat tanpa kekuatan menuntut MA 63 seperti Datuk Dr.Jeffery G. Kitingan bersama sama empat parti bergabung memperjuangkan GS walaupun pelbagai tohmahan parti parti yang lain namun agenda utama kita rakyat Sabah adalah menukar kerajaan negeri serta bersuara kuat diperingkat parlimen katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan