Jumaat, 30 Mac 2018


 Oleh. Basron Kirwan
LAKSANAKAN PENGASPALAN JALAN KAMI
INANAM. Lebih 200 pengundi Kg. Kebayau/Tamalang Telipok meminta orang politik yang bertekad mahu menjadi calon pilihan raya ke 14 tanpa mengira parti agar membuktikan khidmat pada rakyat agar mengaspal jalan raya yang terbiar sejak tahun 2004 lagi sejauh 4 1/2 Batu,  bukan isu politik yang ditagih rakyat namun biarlah buktikan perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menjadi YB wakil rakyat sebab tidak nampak kerja para pemimpin sejak 2004 sehingga sekarang jalan raya dikedua perkampungan tersebut tinggal tanah dan batu kelikir.  Pemimpin kerajaan di DUN Inanam mahupun kumpulan pemimpin parti pembangkang jarang sekali mengambil tahu masaalah jalan raya tersebut terutama sejak 2004  sampai sekarang kecuali menjelang pilihan raya baru bertukar ganti muka yang mahu meminta sokongan sebagai calon pilihan raya demi memburu menjadi wakil rakyat, setiap yang menang  diundi menjadi wakil rakyat bermula 2005 sehingga masa kini 2018  tidak ada bersimpati mengaspal jalan raya berkenaan demi keselesaan orang kampung.
Antara luahan pengundi Kg. Tamlang dan Kg. Kebayau Telipok terutama bekas bekas Polis dan Tentera penduduk setempat dalam tinjauan kru media dekat sini hari ini 31 March 2018, adalah menjadi harapan mereka orang kampung BN dan UMNO Pusat dapat melihat suara hati mereka  menerusi akbar nasional supaya jalan raya tersebut boleh diaspal dengan peruntukan kilat agar orang kampung selesa melakukan usaha tanah pertanian ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan