Selasa, 20 Mac 2018

Oleh. Jasly Anak Dollah
BERITA RINGKAS
PTI TAK HABIS HARI HARI TANGKAPAN
Sabah. Dalam usaha seluruh tenaga pasukan keselamatan siang dan malam mengawal negeri ini dari kebanjiran PTI dipercayai masih ramai rakyat jelata anak negeri Sabah terus membisu melindungi mereka PTI sehingga mampu mengumpul wang balik kenegara asal mereka secara sembunyi atau gelap, kes terbaru pasukan maritim berjaya menahan 3 orang berumur antara 38 hingga 53 tahun dari Kalabakan menuju ke Nunukan menggunakan Bot Laju melintasi Pulau Simandalan tempat pasukan Maritim melakukan tugas rondaan jam 7.30 malam dengan pantas menahan PTI ketiga tiganya lelaki lapor Pengarah Maritim Daerah Romli Mustafa yang mengesahkan akan menyerahkan kepada Jabatan Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut.
Dalam konteks ini rakyat anak negeri Sabah harus menginsafi diri agar jangan sekali kali cuba melindungi PTI dimana jika mereka PTI banyak sekalipun dalam Sabah rakyat Sabah yang menanggong akibatnya, malah kebanjiran PTI ini juga dijadikan modal politik dikalangan segelintir pemimpin parti pempangkang menyalahkan kerajaan BN pusat sedangkan yang melindungi dan menggaji mereka adalah rakyat Sabah yang bersikap tamak haloba tanpa mengurus dokumen golongan terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan