Jumaat, 30 Mac 2018

RINGKASAN BERITA
Oleh. Noor Abdullah
PKS KEMANA HALATUJU POLITIK NYA?
Sabah. Perjuangan PKS masih menjadi tanda tanya generasi muda mudi anak negeri Sabah dimana tidak ada akar umbi mereka disetiap mukim dan cawangan walaupun pilihan raya ke 14 sudah hampir menjelang tiba, malah gerak gempur parti berkenaan tidak kelihatan seperti parti lain yang benar benar berjuang saling menewaskan diantara pembangkang dan parti parti memerintah yang telah menggerak jentera mereka sejak penghujung tahun lepas tanpa henti sehingga kehari ini.
Jentera kepimpinan tertinggi parti berkenaan juga dilaporkan sukar ditemui rakyat jelata diperingkat luar bandar amnya orang orang kampung walaupun perjuangan mereka mahu menjadi kerajaan jika mampu menewaskan parti parti kompenan BN pada PRU ke 14 akan datang, agenda ini sukar digambarkan oleh para pemerhati politik global sejak tahun lalu berbanding parti parti lain yang berkerja keras mahu meraih sokongan rakyat berdaftar sebagai pemilih disetiap kawasan DUN dan Parlimen diseluruh negeri dan negara amnya tegas  para pebduduk yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan