Jumaat, 9 Mac 2018

Oleh. Bujie Tukarang
PARTI BERSATU BUBAR?
Puterajaya. Parti Bersatu dibubar dalam jangkamasa 30 hari jika gagal menghantar segala yang dikehendaki dalam notus oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan yang disebut bermula dari 28 Febuari 2018 lalu, ini membuatkan ramai rakyat jelata dalam negara ini yang berhasrat mahu menukar kerajaan pada PRU ke 14 mula secara senyap kembali kepada menyokong kepimpinan BN agar masa depan mereka terjamin dan tidak diabaikan. Sebilangan rakyat jelata juga hairan mengapa parti pembangkang tidak mampu menyediakan segala fail yang diperlukan oleh Pendaftar Pertubuhan yang sememangnya disusun atur setiap tahun oleh parti demi perjuangan dan kestabilan sesebuah parti politik, jika perkara isu profile parti politik sekalipun tidak mampu disediakan oleh para pemimpin parti politik masa kini mahu menukar kerajaan sedia ada apa akan jadi bagi seluruh rakyat jelata dipimpin oleh para pemimpin serba leka dengan kepentingan parti dan rakyat dimasa akan datang tegas pelbagai lapisan masyarakat yang ditemui.
Sebagai peneraju parti politik yang berani jujur dan iklas membela dan membantu seluruh rakyat jelata hendak lah menyediakan seluruh profile setiap tahun yang dikehendaki oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan mahupun berterusan menghulur bantuan pada rakyat mengikut kemampuan para pemimpin parti politik, semua ini harus disedari bergelar pemimpin parti politik yang berhasrat mahu menjadi kerajaan supaya mendapat sokongan undi dari seluruh rakyat yang dimomok dengan janji tukar dan ubah setiap kali suara pemimpin parti pembangkang yang menemui rakyat diseluruh negara tanpa perlaksanaan bantuan jitu sampai masa kini jelas rakyat jelata yang miskin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan