Khamis, 22 Mac 2018


Berita Ringkas
23 March 2018
PERHIMPUNAN ANAK NEGERI SABAH.
Tuaran. Gempar himpunan dua parti Parti Anak Negeri Sabah dan Parti Cinta Sabah di Dewan KKD Tenghilan pada jam 2.30 petang dua tokoh berjumpa Datuk Henrynus Amin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing dalam penyatuan Anak Negeri /Anak Sulung slogan bersama parti tersebut, dalam himpunan tersebut satu perarakan dari Kulumbi Cafe Tenghilan sehingga ke Dewan KKD Tenghilan dihadiri lebih kurang 1,000 orang masyarakat KDM setempat walaupun dipercayai pada mulanya berhampiran KKD berdiri teguh markas BN dengan kibaran bandera biru berkibar cukup Gah.
Berkobar kobar Datuk Henrynus Amin mengajak masyarakat Tamparuli memberi sokongan kepada masyarakat setempat memberi kemenangan pada calon PCS Dun Tamparuli pada pilihan raya ke 14 sedikit masa lagi, Datuk Henrynus Amin juga minta parti DAP Keadilan dan Warisan jangan bertanding dikawasan KDM bagi perjuangan menumbangkan BN, orang orang yang meninggalkan perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah dan Parti Cinta Sabah tidak menggugat atau melemahkan perjuangan terhadap seluruh anak negeri Sabah selagi rakyat anak negeri memerlukan pembelaan parti tersebut ujar beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan