Khamis, 1 Mac 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
DATO' GULAM TOMAI SERTAI PARTI PKS

Kota Kinabalu. Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) kehilangan Pengurusi Persidangan Parti tersebut berikutan Dato' Gulam Tomai berserta ahli ahli dan penyokong beliau dianggarkan 700 orang menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Parti Kebangsaan Sabah YBGH. Thomas Anggan (Gambar Atas) dipejabat parti PKS Putatan hari ini 2 March 2018 tanpa sebarang unsur paksaan, beliau Dato' Gulam memilih meninggalkan parti PAN akibat kurang keserasian dalam halatuju perjuangan mereka bersama kepimpinan diperingkat dalaman kearah mendepani cabaran pilihan raya ke 14 yang teguh dan kuat menentang parti lawan  sebagai membela rakyat di Sabah.
Dato' Gulam Tomai menyertai Parti Kebangsaan Sabah pada hari ini 2 March 2018 bertempat dipejabat PKS Putatan penuh keyakinan seluruh kepimpinan tertinggi PKS bersama sama 700 orang selaras dengan perjuangan serasi tanpa mengira kaum dan agama penuh keharmonian diseluruh negeri ini, beliau (Dato' Gulam Tomai) akan merangka gerak kerja dalam masa terdekat menjelajah seluruh rakyat khususnya beragama Islam sebagai memberi penerangan agenda PKS bagi kepentingan rakyat Sabah melalui pilihan raya ke 14 terutama kawasan Kuda serta Banggi amnya terang nya.
Dato' Gulam Tomai telah lama mengenali YBGH. Thomas Anggan Presiden Parti Kebangsaan Sabah dan tidak bermasaalah menjalankan jentera parti PKS agar berjaya meraih sokongan undi  pada PRU  ke 14 ini, malah Dato' Gulam Tomai meramalkan lebih ramai lagi akan menyertai pimpinan PKS menjelang pilihan raya kali ke14 dengan penuh keiklasan memperolehi  undi kemenangan yang luar biasa jika dikerah jelajah bersama masyarakat  berdaftar sebagai pemilih diseluruh Sabah jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan