Khamis, 8 Mac 2018

Oleh. Aki Nabalu
GEGARAN BUMI DIGUNUNG PERINGATAN TUHAN?
Ranau. Tuhan memberi peringatan kepada masyarakat yang memasuki Sabah dan Malaysia amnya agar lebih bersopan dengan ketamadunan yang diterima pakai oleh agama Islam disamping berlandaskan kepada adat istiadat yang diguna pakai oleh pengamal undang undang ADAT ANAK NEGERI  bagi Sabah dan Sarawak demi menghindari pelbagai ancaman yang tidak diingini berlaku setiap masa, perlanggaran adab dan budaya oleh orang luar dengan mempengaruhi warga tempatan memberi kesan negitif dalam permasaalahan jangka panjang dinegara ini terutama Sarawak dan Sabah yang masih mengamalkan adat istiadat yang tidak boleh dicabuli walau dengan apa cara sekalipun sebagai menjaga adat anak negeri menerusi Mahkamah Anak Negeri sejak ratusan tahun dahulu tanpa sebarang pengabaian adat istiadat mereka.
Gempa bumi Gunung Kinabalu melibatkan gegaran sebahagian kawasan dalam Sabah juga harus dijadikan petunjuk beribadah pada Tuhan mengikut kepercayaan agama masing masing disamping meninggalkan segala larangan Tuhan dalam hukum agama individu sepanjang masa, Allah (dalam Islam) Tuhan bagi kepercayaan agama agama lain sentiasa memberi peluang kepada setiap manusia menjadi orang baik namun jika sesama manusia yang engkar dan tidak menginsafi diri dari melakykan perbuatan mungkar ujian diturunkan bukan untuk seorang namun segenap lapisan masyarakat yang berhampiran tempat kejadian mungkar itu akan terasa segala ujian yang diturunkan jelas beberapa wargatua yang ditemui.
Antara lain kemungkaran yang berlaku setiap hari  didepan mata masyarakat adalah perjudian nombor ekor, menipu dengan melakukan penyeludupan barangan dari luar dijual kedalam negara tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa dalam ketegori menipu sesama manusia, pergaulan bebas muda mudi sehingga mencipta perzinaan, sengketa bermusuhan sesama sendiri namun mengagungkan pendatang asing tanpa izin dan banyak lagi tanpa disedari oleh semua pihak, dengan pelbagai ancaman musibah yang berlaku dalam negara mahupun diperingkat luar negara mampu menggugat didalam negara kita wajarlah ia dijadikan sebagai pengajaran dan menjadi insan yang berguna serta beriman kepada (Allah swt orang Islam) beriman dengan tuhan penuh keimanan agar terlindung dari musibah kekuasaan Tuhan yang satu demi keselamatan dan kesejahteraan sepanjang masa.
GEMPA BUMI DIGUNUNG KINABALU SERAMAI 209 KAKITANGAN PETUGAS KAWASAN PERSEKITARAN GUNUNG KINABALU BERJAYA DISELAMATAN PIHAK BERTUGAS DAN TIDAK ADA SEBARANG KEMALANGAN JIWA DILAPORKAN SEHINGGA PAGI JUMAAT 9 MARCH 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan