Sabtu, 17 Mac 2018

PRU KE 14 SUDAH TIBA MASANYA?
Oleh. Noor Abdullah
Puterajaya. Detik pilihan raya ke 14 diramal menghitung minggu sahaja berikutan pelbagai keperluan pilihan raya sudah mula ditempah diseluruh negara termasuklah pakaian jentera pilihan raya dan kesiapsiagaan  seluruh pasukan keselamatan demi memastikan perjalanan pilihan raya sentiasa terkawal, antara yang menguatkan sudah hampir pilihan raya ke 14 ialah tempahan tudung wanita pelbagai logo parti BN, KEADILAN, PAS, DAP dan beberapa parti pembangkang lain mewakili seluruh Semananjung Malaysia menyebabkan ada kedai menolak tempahan yang terlalu banyak.
Tempahan tudung dengan logo pelbagai jenis parti menggunakan manik berbilang warna juga membayangkan bahang pilihan raya ke 14 sudah semakin hampir apa tak lagi para pemimpin tertinggi Barisan Nasional menggandakan kerja jelajah mendekati rakyat jelata tanpa mengira kaum diseluruh negara, namun sebilangan kecil pemimpin parti politik diperingkat bahagian tidak kira kompenen BN atau Parti Pembangkang masih lagi memilih rakyat yang didekati tanpa kefahaman dasar perjuangan pembela rakyat termasuklah pegawai pegawai kecil dipejabat UPPM kurang turun padang mendengar segala keluhan rakyat jelata walaupun kerapkali mendapat teguran.
Pendedahan ini sekadar mengingatkan semua pihak agar jangan taksub dengan jawatan sampai mengabaikan sebilangan rakyat jelata, jika tidak menginsafi calon parti yang mereka wakili pasti akan ditolak rakyat jelata dan berganti parti pihak lawan pasti jawatan golongan yang membelakangkan rakyat bakal diganti orang lain.
Setiapkali barisan keselamatan pertahanan negara dikerah bersiap siaga menjalankan latihan akhir pastinya pilihan raya bakal berjalan seberapa segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan