Ahad, 4 Mac 2018

Oleh. Jasly Anak Dollah
PPM KADAMAIAN PEMIMPIN PRIHATIN RAKYAT
Kota Belud.  Kerusi Dewan Undangan Negeri Kadamaian yang dirampas parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu seharusnya diserahkan pilihan calon dari Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) masa kini yang banyak berbakti kepada masyarakat berbilang kaum dan kefahaman politik melibatkan ahli mahupun penyokong pari parti pembangkang sejak sekian lama wajar diberi peluang menjadi calon BN pada PRU ke 14 akan datang, beliau juga merupakan ahli PBS berpuluh tahun lalu disamping rapat dengan para pemimpin tertinggi parti kompenan BN mahupun golongan berstatus Menteri dalam negeri Sabah dan Persekutuan Kuala Lumpur amnya bagaikan kepimpinan yang akrab dan sehati sejiwa dengan segenap lapisan rakyat jelata setempat tanpa wujud perbezaan kefahaman politik semuanya mendapat manafaat khidmat beliau sebagai PPM.
Demikian pendedahan penduduk kawasan DUN Kadamaian dalam lawatan media terkini di beberapa perkampungan setempat sebagai memberi sokongan kepimpinan baru bagi memastikan kerusi DUN Kadamaian mampu ditawan semula PBS anggota kompenen BN dalam pilihan raya ke 14 akan datang, media terkini juga dimaklumkan oleh penduduk DUN Kadamaian bahawa PPM Daimin Sulukan juga berkemampuan menjadi pemimpin sebagai wakil rakyat jika diberi peluang oleh PBS dan BN pada PRU ke 14 akan datang berdasarkan kepada hubungan baik terhadap semua pemimpin parti kompenan BN khususnya UMNO di Parlimen Kota Belud jelas masyarakat setempat.
Sementara itu media terkini yang cuba menghubungi PPM Daimin Sulukan berulangkali gagal dihubungi bagi mendapat ulasan rakyat diperkampungan sekitar DUN Kadamaian agar beliau (Daimin Sulukan) dipilih sebagai calon pada PRU ke 14 akan datang bagi menghadapi beberapa calon parti pembangkang yang sekadar mahukan jawatan wakil rakyat bergaji dan jauh sekali membantu kemiskinan rakyat bersua mereka, bagi beberapa penjawat JKKK dan Ketua Ketua Kampung pula yang ditemui tidak kisah siapa juga PBS atau BN Calonkan mereka tetap komited memberi sokongan sebagai kakitangan kerajaan demi memberi kemenangan terhadap calon BN perintis kemajuan negara sejak sekian lama tanpa saingan besar parti parti pembangkang yang bertukar ganti menjadi calon.
Sekarang bagi rakyat Sabah siapa juga pemimpin yang berupaya membantu rakyat jelata termiskin golongan terlibat diberi peluang menjadi calon pilihan raya yang mendapat sokongan majoriti orang kampung ahli perniagaan tanpa sebarang paksaan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan