Khamis, 15 Mac 2018

GAMBAR SIARAN INI HIASAN DAN RENUNGAN BERSAMA PENGORBANAN ANGKATAN BERSENJATA MALAYSIA SABAH.
Oleh. PERAJURIT SABAH
Sejak beberapa tahun lalu ramai bekas Tentera DiRaja Malaysia yang berhenti tidak berpencen membidas beberapa Syarikat milik kaum Cina dalam negeri Sabah lebih suka menggaji warga asing yang meragukan kewarganegaraan mereka berbanding bekas bekas Tentera untuk berkhidmat sebagai WARDEN dalam lokasi bangunan mereka setiap hari, ada juga kaum Cina yang sekadar memberi gaji warden bekas Tentera sekadar RM1,400 berkerja 12 jam setiap hari tanpa cuti sepanjang bulan dan bila berlaku tidak hadir bekerja maka dipotong pula gaji warden terlibat antara RM20 hingga RM30.00 jika 12 jam tidak hadir bertugas.
Selain masaalah dikalangan peniaga Cina pengguna Warden terdapat juga pengarah pengarah agensi kerajaan yang sememangnya menggunakan warden keselamatan antara 19 hingga 33 tahun tanpa memberi peluang bekas tentera yang berusia antara 40 hingga 58 tahun walaupun masih sihat bagi melakukan tugas berkaitan, ini membuktikan sebilangan besar rakyat dalam negeri ini masih lagi tidak menghargai jasa bakti golongan tersebut selepas bersara berbanding status warga asing dijadikan pekerja tersohor mereka sampai dilantik ketua petugas warden dimana juga lokasi dalam Sabah.
Diharap pendedahan ini menjadi satu kesedaran bagi orang Sabah menghormati serta keutamaan bekas bekas Tentera tidak berpencen agar mampu memelihara keluarga mereka yang lebih baik sepanjang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan