Sabtu, 31 Mac 2018


Oleh. Noor Abdullah/Williem Anak Lagau
KESEIMBANGAN KESELAMATAN DAN PEMBANGUNAN MAPAN PERLU SEIRING
Kuala Lumpur. Saranan semua pihak beruniform termasuklah mereka yang telah bersara agar sentiasa menjadi tulang belakang menyokong kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak wajar disemai bersama setiap masa tanpa terpedaya dengan dakyah para pemimpin parti pembangkang demi masa depan tanah air yang lebih bermakna,  kerajaan BN masa kini terlalu tinggi pengorbanan serta pembelaan keatas rakyat berbilang kaum terutama di Sarawak dan Sabah melibatkan pembasmian kemiskinan serta memperkasa isu isu keselamatan dikawasaan ESSCOM (PETA SIARAN) sebagai rujukan generasi muda mudi dalam penyatuan  pelan kemajuan dan keselamatan seimbang demi kesejahteraan rakyat jelata dalam negara khususnya Sabah Sarawak. Keseimbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak perlu diberi sokongan semua pihak khususnya seluruh pasukan beruniform khususnya Barisan Angkatan Tentera Malaysia yang banyak menerima manafaat dari kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri terutama mencakupi rumah kediaman Angkatan Tentera yang menjadi tonggak pelindung negara jelas Panglima Angkatan Tentera DiRaja Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor.
Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan kawasan keselamatan ESSCOM Sabah serta Perintah Berkurung diwaktu malam dalam pesisir pantai KAWASAN ESSCOM banyak memberi manafaat terhadap warga asli Sabah dari ancaman pengganas Abu Sayyaf yang sentiasa mencari jalan menyusup masuk kedalam negeri Sabah bagi melakukan rompakan serta penculikan sejak sekian lama tanpa terfikir pemimpin terdahulu mendirikan keselamatan seperti hari ini.
Pelbagai pandangan warga asli dalam Sabah memuji usaha Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak mewujudkan keselamatan ESSCOM serta melaksanakan Perintah Berkurung yang dipikul oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia serta beberapa pasukan keselamatan lain yang terlibat dalam kawalan keselamatan tersebut menyebabkan kumpulan Abu Sayyaf dan kuncu kuncunya tak mampu menembusi tanah air Sabah dan Perintah Berkurung dikawasan ESSCOM wajib dikekalkan sepanjang masa bagi mengekang pelan tindajan Abu Sayyaf meneruskan pencerobohan di Sabah yang mungkin mendapat maklumat dari segelintir keluarga mereka yang berkerja dan tinggal dinegeri ini ujar rakyat Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan