Ahad, 25 Mac 2018

Oleh.  Noor Abdullah
RINGKASAN BERITA SEMASA
MAMPUKAH JENTERA BAWAHAN MERAIH SOKONGAN RAKYAT ?
Sabah. Dalam gerakan jelajah Anak Negeri Cinta Sabah pimpinan Datuk Henrynus Amin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing sememangnya tidak dinafikan mampu meraih sokongan seluruh lapisan rakyat jelata jika mereka berdua turut serta dalam gerak jelajah parti, namun para pemerhati parti politik tempatan meramalkan sayap parti diperingkat bahagian dan cawangan bagaikan kurang mendapat perhatian dikalangan rakyat jelata terutama jika bersendirian tanpa iringan kedua dua presiden terlibat sebilangan rakyat jelata sekadar membisu seribu bahasa tanpa mendengar bicara politik mereka.
Diantara yang kurang menyerlah sambutan parti tersebut ialah Parlimen Sepanggar merangkumi dua DUN Inanam dan DUN Kerambunai serta DUN Darau jika diluluskan berkemungkinan berlaku perpecahan undi bagi menguntungkan calon BN jika pembangkang tidak berubah mesra rakyat,  pemimpin bawahan parti perlu mencontohi Datuk Henrynus Amin yang telus iklas berjumpa rakyat tanpa mengira kaum dan agama terutama jika berlaku kemunculan orang luar yang belum dikenalpasti perlu diberi layanan baik tanpa memandang rendah orang terlibat demi nama baik parti dari tohmahan orang ramai apa tak lagi jika kumpulan pengarang media yang memantau perjalanan kempen parti pitik yang mempromosi diri untuk bertanding pilihan raya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan