Selasa, 17 Januari 2017

RINGKASAN BERITA SEMASA
SEPANGGAR. Gerakan penceramah politik jalanan giat bergerak saling menuding jari menyalakan ahli ahli parti lawan dalam pembangkang bukan gabungan pakatan, perbuatan seumpama menjatuhkan imej parti pembangkang yang telah menyertai parti gabungan bagi menghadapi pilihan raya ke 14 dijangka tak lama lagi semata mata meraih undi sokongan.
KOTA KINABALU.  Penghuni pusat bandaraya meminta Wakil Rakyat DUN Kota Kinabalu agar turun padang bagi meninjau sendiri situasi penghuni semua bangunan kedai antara Sinsuran Complex, Kompleks Segama, Bandaran Berjaya, Api Api Center dan Kg. Air yang dilaporkan sangat menggerunkan dikalangan kaum bumiputera asli dalam negeri ini dan perlu tindakan pihak berkuasa.
RANAU. Percaturan politik kawasan Ranau masa ini terlalu panas bahang apabila dilaporkan bakal bertembung 5 penjuru pembangkang menghadapi UMNO UPKO PBS PBRS MCA dan banyak lagi parti kompenan BN yang lain, namun percaturan dikalangan parti pembangkang pula saling mempertaruhkan calon setiap DUN Parlimen Ranau dan dilaporkan bakal mencetus antara 3 hingga 5 penjuru  jika dirasakan hebat PRU ke 14 akan datang dengan teka teki siapa menang besar.
BENGKOKA. Parti Warisan dilapor menjadi sebutan lebih sepuluh ribu pengundi BN sejak sekian lama dengan dipercayai dicanang oleh beberapa orang penyokong kuat parti Warisan yang sering bergerak ke Kota Kinabalu mengatur pelan merebut calon parti tersebut, jauh disudut hati golongan terlibat tak berani mengadakan percaturan politik terbuka dengan masyarakat mukim Bengkoka yang kini dikenali sebagai DUN Bengkoka juga bakal bersaing 4 penjuru pada PRU ke 14 akan datang.
OLEH. WARTAWAN SIASAT GROUP MEDIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan