Selasa, 3 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
KUTIPAN CUKAI DIBANTAH
Sabah. Keputusan pihak kerajaan memgutip cukai terhadap Gereja dan Kuil diseluruh negara merupakan tidak masuk akal sama sekali apa tak lagi ianya sekadar bergantung harap kepada ehsan derma dikalangan penganut agama tersebut bagi membeli tapak tanah serta membina bangunan Gereja dan Kuil tanpa sebarang keuntungan, jika pihak kerajaan BN lagi mengenakan cukai terhadap tapak dan bangunan Gereja dan Kuil seluruh negara bagaimana badan badan keagamaan berkenaan boleh meneruskan pembentukan penganut terdidik dengan keagamaan serta berakhlak mulua tanpa tempat belajar disetiap daerah dan kampung kampung terpencil membina Gereja atau Kuil sempurna jika kutipan derma rakyat penganut agama terlibat dikenakan cukai yang tidak munasabah.
Sebagai rakyat dalam negeri ini sikap pemimpin kerajaan BN memungut cukai terhadap Gereja dan Kuil seluruh negara harus dibatalkan demi nama baik amnya mengekalkan pengembangan apa juga jenis agama dipelusuk negeri ini, tindakan serupa juga bagai menghalang penganut agama lain dari meneruskan sebarang aktiviti amalan keagamaan seluruh pengikut mereka dimana juga berada dalam negeri ini akibat wang yang diperolehi dari individu pengikut agama berkenaan tetap akan dikutip pihak kerajaan.
Ketua Penerangan Parti Harapan Rakyat Sabah YBGH EN. Karim Adam Mantan Wakil Rakyat DUN Kundasang berkata demikian sebagai membantah cadangan Kerajaan BN bagi mengutip CUKAI GEREJA DAN KUIL SELURUH NEGARA baru baru ini, beliau menyeru rakyat jelata Sabah sama sama dengan parti Harapan Rakyat Sabah membantah rancangan tersebut demi membantu badan badan keagamaan memperbaiki prasarana dan pendidikan keagamaan mereka tanpa mengharap apa apa kewangan dari kerajaan BN masa kini dan akan datang jelasnya.
YBGH. Karim Adam juga meminta kerajaan BN jangan terlalu BOROS dalam penggunaan kewangan sehingga membuat kutipan CUKAI PADA GEREJA DAN KUIL yang jelas bukan berurusniaga pelaburan seperti andaian kerajaan BN, GEREJA DAN KUIL seluruh negara sekadar badan keagamaan seperti agama agama lain dalam negara demi beriman pada Tuhan dan jauh sekali berniaga mendapat dana keuntungan malah sekadar mengharap derma ehsan para penganut agama terlibat untuk mendapat kewangan katanya.
YBGH. EN. KARIM ADAM WAKIL PARTI PAKATAN HARAPAN RAKYAT SABAH BERHARAP KERAJAAN BN MEMBATALKAN NIAT MEREKA MENGUTIP CUKAI PADA GEREJA GRREJA DAN KUIL KUIL SELURUH SABAH DAN MALAYSIA AMNYA DEMI KEBAIKAN BADAN KEAGAMAAN TERSEBUT DALAM JANGKAMASA PANJANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan