Jumaat, 20 Januari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
CALON BN PERLU DIPERHALUSI
Kota Kinabalu. Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus Ongkili perlu memperhalusi beberapa senarai nama nama calon yang dikemukakan oleh setiap bahagian parti demi memenangi setiap kerusi yang ditandingi, selain dari itu semua calon PBS yang disenaraikan haruslah mendapat tapisan saringan menyeluruh dari pelbagai lapisan rakyat yang mengundi mahupun para pemimpin parti kompenan BN lain disetiap kawasan kampung dan mukim agar mampu menawan semula kerusi DUN yang tewas.
Antara DUN yang tewas dan perlu ditawan semula termasuklah Dewan Undangan Negeri Inanam dimana PRU ke 13 Dr. Roland Chia telah memenangi dari calon BN Datuk Joseph Paulus Lantip walaupun pelbagai jentera BN mahu memenangi namun Dr. Roland Chia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sumber maklumat dari para penyokong PBS pada PRU ke 14 akan datang dilaporkan senarai menjadi pilihan calon ialah Datuk Joseph Paulus Lantip Mr. Lukin Teliban Datin Evelyen Sigar dan OKK William Mojimbun menjadi pilihan seluruh ahli PBS kawasan DUN Inanam dan boleh menang.
Demikian pendedahan Gilbert Tuimbas penyokong PBS dari Menggatal berkata demikian dalam pertemuan media terkini sebagai mengulas perkembangan PBS DUN Inanam menjelang pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi, keempat nama yang disenaraikan menjadi calon PRU ke 14 juga dilaporkan hanya seorang yang agak aktif mendampingi seluruh rakyat DUN Inanam memegang jawatan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Inamam Mr. Lukin Teliban tanpa henti melawat perkampungan rakyat ujarnya.
Gilbert Tuimbas menambah, gerakan mendekati rakyat bukan sahaja PBS bersendirian malah seluruh kepimpinam BN DUN Inanam juga sentiasa berkerjasama menawan hati rakyat agar mampu menawan semula Kerusi DUN Inanam pada pilihan raya ke 14 akan datang, bagi gerakan wanita PBS Bahagian Inanam dipegang oleh Datin Evelyen Sigar dilaporkan aktif turun padang mendekati seluruh cawangan pergerakan wanita bersama rombongan nya demi meraih sokongan rakyat jika tersenarai sebagai calon PRU ke 14 akan datang tegasnya.
Gilbert Tuimbas juga menjelaskan bahawa Ketua Bahagian PBS Inanam En. Fredoline Totin Bangon bergerak solo mendekati setiap ketua ketua Cawangan PBS kawasan Inanam kurang mendapat penonjolan merebut peluang menjadi calon pilihan raya ke 14 akan datang, namun tidak dinafikan impian mahu mengimpikan senarai calon PRU ke 14 akan datang tidak pernah pudar dalam impian beliau hasil rumusan beberapa Ketua Cawangan PBS yang akrab dengan beliau bersama setiausaha kerja PBS Inanam En. Raymend Sahat selalu menemui ketua ketua Cawangan PBS terangnya.
Siapapun bakal pilihan calon dari kepimpinan PBS kawasan DUN Inanam terletak dibahu Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus Ongkili menerima usul dari semua pihak siapa yang boleh mendapat sokongan parti kompenan BN menjadi calon pilihan raya ke 14 akan datang, namun jika Mr. Lukin Teliban mempertingkatkan kerjasama terhadap semua parti kompenan BN serta berjuang membantu rakyat yang benar benar memerlukan tanpa pilih kasih perkara mustahil PBS tidak menimbang usaha gigih yang dilaksanakan dalam tanggongjawab beliau.
MR. LUKIN TELIBAN YANG MENERAJUI JAWATAN PRESIDEN KELUARGA BESAR YAMAY SABAH MENGAKU TELAH BERKESIMPUNG DALAM DUNIA POLITIK LEBIH 20 TAHUN DAN MEMILIKI IZAZAH DALAM SARJANA PERNIAGAAN, TIDAK HAIRAN LAH JIKA RAMAI AHLI PBS DALAM DUN INAMAM MENCADANGKAN NAMA BELIAU DICALONKAN SEBAGAI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI INANAM PADA PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA YAB. DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXSIMUS ONGKILI PEMANGKU PRESIDEN PBS BAGI MEMILIH KELAYAKAN CALON DUN INANAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan