Selasa, 10 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang / Jopis Anak Lagau
PAKATAN SABAH NOMBOR SATU DIMATA RAKYAT?
KENINGAU.  Penduduk berdaftar sebagai pemilih sepakat dan satu hati bagi memberi sokongan Parti Pakatan Sabah gabungan empat parti masa kini tanpa diperdaya seluruh parti Malaya yang sekadar memecah undi gabungan pakatan Sabah, malah kemampuan semua gabungan parti PAKATAN SABAH cukup mantap memelihara perpaduan dan membentuk pelan pembangunan dan ekonomi Sabah jika diberi sokongan seluruh rakyat Sabah pada PRU ke 14 akan datang.
Gabungan pakatan Sabah terdiri dari Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (SOLIDERITI) Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin (HARAPAN RAKYAT) Datuk Yong Teck Lee (SAPP) Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (PCS) sudah cukup menjadi perancang ekonomi dan pembangunan Sabah, mereka berempat juga tidak bersendirian dalam perjuangan berikutan bantuan dari sayap pemuda dan wanita serta serikandi muda mudi berkelulusan pencapaian tertinggi dari luar negara dengan pelbagai suku kaum dalam negeri ini mereka wakili kearah masa depan terbaik.
Diantara kawasan yang setia memberi sokongan terhadap pakatan Sabah ialah Tanbunan, Bingkor, Keningau, Nabawan, Tenom dan Pensiangan walaupun BN menang pada PRU  ke 13 yang lalu sebelum pakatan Sabah memeterai segala perjanjian mereka, dengan gabungan pakatan Sabah parti tempatan tulen diharap mampu memberi kesedaran seluruh rakyat berbilang kaum tanpa terpedaya dengan politik nasional sebagai langkah memecahkan pengundi gabungan pakatan Sabah pada pilihan raya ke 14 akan datang terutama generasi muda mudi.
Sintemen pakatan Sabah sebagai senjata BN untuk memecahkan undi parti gabungan pakatan pembangkang dari Kuala Lumpur merupakan tuduhan liar yang direka cerita oleh para penyokong parti pembangkang dari Malaya agar orang orang asal Sabah menyertai pembangkang Malaya, kebanyakan rakyat orang asal Sabah faham bahawa pengukuhan gabungan parti pakatan Sabah bagai mampu menggugat parti pembangkang dari Kuala Lumpur menyebabkan pelbagai tomahan dilemparkan demi mempertahankan sokongan parti pembangkang Malaya yang mirip legasi BN pusat.
Pendedahan Joe @ Josue Aking dari Kg. Dolungan Tambunan sebagai mengulas pertembungan pembangkang Malaya dari DAP, BERSATU, AMANAH, WARISAN, KEADILAN, PKS yang enggan berkerjasama dengan parti pakatan Sabah seperti SAPP, HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI dan PCS, parti pakatan Sabah merupakan tulen agenda perjuangan tampa terklikat dengan kuasa tamgam tangan dari luar Sabah apa tak lagi kurang menitikberatkan pendatang tanpa izin dalam isu agenda Sabah yang diperjuangkan sejak 1963 ujar beliau.
Menurut Joe @ Josue Aking, sebagai orang politik veteran dalam Sabah sudah tiba masanya memberi kesedaran supaya orang orang asal dinegeri ini tidak lagi dimanipulasi oleh kuasa kuasa luar sedangkan kita juga memiliki pemimpin seperti Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan, Datuk Lajim Haji Ukin, Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing anak jati Sabah, selain dari itu muda mudi kita di Sabah hari ini telah ramai yang berkelulusan tinggi tanpa kita sedari terutama dalam pelbagai bidang peguam, enginear, kedoktoran, pilot dan para pegawai keselamatan terlatih dalam unit risikan khas yang sebahagian nya telah pun bersara jika diberi ruang dalam perjuangan politik Sabah ujarnya.
Mr. Joe @ Josue Aking yakin orang orang asal Sabah mampu berfikir dengan terbuka bagi merealisasikan impian para pemimpin parti politik Sabahan terpilih maufakat agar tidak lagi berlaku pecahan undi dalam pilihan raya akibat sikap tamak golongan individu tertentu malah pembaca media-terkini-sabah.blogspot.com dalam Malaysia dan Sarawak Sabah mampu meyakinkan sahabat dan rakan rakan, semua maklumat terperinci ini terpulang lah kepada orang orang asal Sabah mencorak segala politik tanah air mereka dimana wajib jika parti parti luar Sabah lebih menghormati parti parti tempatan sedia ada dan bukan mendabik dada menunjuk kemegahan mahu berkuasa tanpa mendengar rintihan dan suara asli dikalangan masyarakat berbilang kaum katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan