Khamis, 12 Januari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
PBS MANTAP SELIAAN PEJABAT PPM KADAMAIAN
Kota Belud. Parti Bersatu Sabah (PBS) pusat perlu menimbang kekuatan jentera PPM Kadamaian jika mahu merampas semula kerusi tersebut ditangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang pada pru ke 13 yang lalu, walaupun wakil rakyat PKR lalu kini telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masa kini namun PKR terus optimis mampu menang semula kerusi tersebut pada PRU ke 14 akan datang jika PBS   BN tersilap meletak calon yang tidak berjiwa membela rakyat sepanjang khidmat parti mereka.
Majoriti pengundi setia PBS.  BN dikawasan DUN Kadamaian membayangkan bakal memberi kemenangan kepada PBS jika PPM DAIMIN SULUKAN diletak sebagai calon PBS bagi DUN Kadamaian bagi membalas jasanya hampir tiga puluh tahun dalam PBS,  beliau juga taat tidak pernah meninggalkan PBS tidak seperti rakan rakan lain yang keluar masuk dalam parti kompenan BN tanpa matlamat sebenar melainkan kepentingan diri sebagai mendapat untung luar jangka.
Sungguhpun Daimin Sulukan tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian PBS di DUN Kadamaian namun beliau mampu membuktikan khidmat sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dikagumi semua pengundi DUN Kadamaian, Datuk Dr. Maxsimus Ongkili Pemangku Presiden PBS wajar bertindak memberi peluang Daimin Sulukan dipilih calon pilihan raya ke 14 tidak lama lagi demi menyambut KEMENANGAN PAKATAN SABAH 4 gabungan berhadapan PRU ke 14.
SAMA SAMA LAH KITA MENDOAKAN SEMOGA KERAJAAN BN SABAH DAN MALAYSIA ANNYA MENGEMBALIKAN KERUSI KADAMAIAN ITU KEPADA PARTI BERSATU SABAH DENGAN MEMILIH JUJUR DAN SETIA DALAM PERJUANGAN PBS, DAIMIN SULUKAN JUGA MEMILIKI HUBUNGAN BAIK, INTIM AKRAB DENGAN SEMUA PEMIMPIN UMNO SEPERTI DATUK SALLEH TUN SAID, DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN SERTA BEBERAPA LAGI YANG  BERJIWA RAKYAT SERTA CEPAT BERSIMPATI PADA RAKYAT YANG BENAR BENAR SUSAH JELAS WARGA KADAMAIAN YANG LAIN UJAR  DONNY JUANIS PENDUDUK DUN KADAMAIAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan