Sabtu, 21 Januari 2017

Oleh. Willeim Anak Lagau
PARTI KERDIL PARLIMEN TUARAN MAIN WAYANG
TUARAN. Pengundi kawasan parlimen Tuaran dinasihatkan agar menolak beberapa parti kerdil bersendirian yang mungkin mendapat tajaan pihak tertentu bagi memecahbelahkan pengundi PEJUANG PAKATAN SABAH yang kini semakin mantap dan mendapat sokongan orang asli Sabah, majoriti orang kawasan parlimen Tuaran tidak lagi mahu bertongkat utama dengan parti dari luar Sabah akibat sentiasa dipegang remot kontrol dalam setiap tampok kerajaan dan kini tidak salah mencuba parti pakatan gabungan Sabah sama seperti gabungan parti parti dinegeri Sarawak aman sentosa.
Tuaran juga memiliki DUN DALIT, DUN SULAMAN, DUN TAMPARULI dan DUN KIULU yakni satu kerusi penambahan baru iaitu DUN Dalit yang kini menjadi rebutan parti parti politik bagi menguji kekuatan pengaruh mereka menjelang pilihan raya ke 14 akan datang, tidak hairan lah dalam kegairahan berpolitik masa kini terdapat sebuah parti kerdil Sabah MAIN WAYANG cuba mendabik dada kuat berpengaruh dan mencuba nasib pada pilihan raya akan datang walaupun sekadar mendapat puluhan orang penyokong sahaja disetiap mukim.
Sebilangan penyokong parti kerdil berkenaan pula cukup sombong mendakwa parti mereka cukup terkenal dalam negeri ini namun membidas akbar akbar tempatan tidak memberi ruang slot siaran dalam isu isu program mereka walau pelbagai cara dilakukan, yang peliknya bila diperkenalkan pada rakan media nasional pantas menidak hubungan dimana konon nya lagi langsung tidak mendapat ruang siaran dari akbar berstatus nasional akibat halangan pihak pihak berkuasa yang gerun dengan kekuatan parti mereka dalam Sabah.
Demikian pendedahan Gilimor Bajukir sebagai merungkai pergerakan satu parti baru yang aktif berkempen kawasan parlimen Tuaran sejak beberapa bulan lepas namun tindakan mereka bagai cakap tak serupa bikin sehingga tak kenal orang sekeliling mereka, ada juga penyokong parti berkenaan cuba membidas parti pembangkang lain dalam Sabah atau dari Semananjung Malaysia yang dianggap tidak mendapat tempat dihati rakyat melainkan perjuangan parti mereka kearah masa depan rakyat negeri ini tanpa mengakui kelemahan kepimpinan mereka sendiri apa tak lagi dalam situasi politik panas masa kini ujar beliau.
Gilimir Bajukir menambah, bukan mengaibkan mana mana pemimpin parti politik masa kini namun sekadar memperingatkan mereka agar berwaspada dalam memoerkasa perjuangan parti politik mereka agar tidak mengguris perasaan orang orang disekeliling apa tak lagi ahli ahli politik tempatan jika mahu bersaing politik bersih jujur dan amanah, jika tidak berkemampuan jangan lah menjanjikan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan apa tak lagi jika perjalanan parti politik tertentu sekadar pengaruh tidak seberapa pastinya sekadar menjadi kebencian orang ramai yang berdaftar sebagai pemilih kawasan setempat katanya.
JIKA MAHU PENGARUH POLITIK MENDAPAT SOKONGAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT JAUHKAN PERBUATAN MEMBIDAS PARTI LAWAN YANG SAMA SAMA BERJUANG BERSIH MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT JELATA SETEMPAT AMNYA NEGERI SABAH, AHLI AHLI POLITIK KERDIL JUGA PERLU MENGHORMATI PERANAN AKBAR AKBAR TEMPATAN DIMANA PERLU BIJAK MENJALANKAN URUSAN YANG DIPERLUKAN DAN BUKAN SESUKA HATI MAHU MEMBIDAS DENGAN PELBAGAI TOHMAHAN APABILA GAGAL BERURUSAN BAIK DENGAN SETIAP MEDIA MASSA DALAM DAN LUAR NEGARA SETIAP HARI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan