Jumaat, 13 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
HARAPAN TURUN PADANG DUN SINDUMIN
PEKAN SINDUMIN. Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sentiasa mengutamakan rakyat berbilang kaum walaupun tinggal jauh dari pusat bandar demi tanggongjawab pemimpin bersama rakyat setiap masa, malah sejauh mana pun kedudukam rakyat negeri ini selagi pemimpin mampu menemui mereka pasti tidak akan diabaikan demi pembelaan berterusan walaupun kesibukan dengan tugasan setiap hari menemui rakyat dipelusuk negeri ini.
Amamat Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin semada membuat lawatan mengejut di Tamu Mingguan Pekan Sindumin walaupun seawal jam 04.00 pagi tamu tersebut bermula, tidak ada istilah keletihan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin setelah berjanji menemui menemui rakyat berbilang  kaum disetiap kawasaan jauh dan dekat dipelusuk negeri ini selagi tidak berlaku sesuatu halangan.
Turut serta pada majlis lawatan tersebut bagi menemui rakyat berbilang kaum ialah Naib Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) EN. Patrick Sadom merangkap Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat (Harapan Rakyat) DUN Sindumin, manakala sebagai memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat DUN Sindumin berhubung pusat aduan sehenti pada sebrlah petangnya Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin membuat pelancaran pembukaan Pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah demi kemudahan perhubungan penduduk setempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan