Selasa, 31 Januari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
TAKZIAH MANGSA BOT PELANCONG KARAM
SABAH. Tragedi Bot Pelancong Karam perlu disedari semua syarikat pengangkutan pelancong agar mematuhi semua syarat dan garis perundangan yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan setiap masa, malah mana mana syarikat pengangkutan pelancong yang berulang melakukan kesalahan sehingga mengorbankan nyawa golongan pelancong harus bertanggongjawab membayar gantirugi keluarga mangsa atau menerima hukuman setimpal termasuk menutup pengangkutan mereka.
Bagi keluarga mangsa korban Bot Karam dari Tanjung Aru ke Pulau Mengalun ungkapan takziah dihulurkan dan bersabar pada segala ketentuan Tuhan maha berkuasa walaupun perit mengharunginya namun kita yang hidup perlu meneruskan usaha kearah memperbaiki segala kekihalafan, sememanya amat pedih menerima musibah melanda akibat kelalaian pihak tertentu namun adalah baik kita berserah kepada undang undang bagi menentukan hukuman terhadap mana mana pihak yang bertanggongjawab menyebabkan kejadian seumpama berlaku.
Mohd. Latif Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kejadian Bot Pelancong Karam yang belayar dari Tanjung Aru menuju ke Pulau Mengalun dimana dilaporkan mengorban 3 nyawa (setakat berita ini ditulis) dan menjadi bahan politik para pemimpin pembangkang dari Kuala Lumpur mengecam golongan pemimpin kerajaan BN dengan membiarkan syarikat berkaitan, malah pemimpin pembangkang juga cuba meraih sokongan politik dengan menyalahkan menteri kerajaan sedangkan pengurusan syarikat yang bertanggongjawab keatas tragedi tersebut pemimpin pembangkang tak sebut pun berbeza dengan pihak berkuasa kerajaan telah menahan pemilik Bot tersebut ujar beliau penuh kesal.
Mohd. Latif Abdullah menambah, sebagai anak jati asli Sabah adalah menjadi kewajipan bagi melakukan teguran terbaik agar semua pemimpin pembangkang parti dari luar Sabah tahu fakta yang bersalah dan jangan menghukum mereka yang tidak berkaitan, pemimpin pembangkang hanya bijak menuding salah bagi orang lain namun jika yang bersalah tu mirip kaitan dengan mereka (Pembangkang Dari Kuala Lumpur) sudah pasti segalanya dilindungi dan menuding etnik orang lain ujarnya.
Turut menyampai ucapan TAKZIAH MANGSA BOT KARAM menerusi media-terkini-sabah.blogspot.com ialah Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin Adun Klias merangkap Priseden Parti Harapan Rakyat Sabah dimana beliau juga mahu pihak berkuasa menyiasat tragedi tersebut agar pihak bersalah mendapat pengadilan setimpal, malah beliau yakin semua warga Sabah menyifatkan pemilik bot pelancong terlibat mengabaikan keselamatan pihak pelancong dimana syarikat lalai dan bukan pada menteri seperti yang didakwa oleh parti pembangkang berpusat dari Kuala Lumpur ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan