Sabtu, 21 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
LEBIH RAMAI SERTAI HARAPAN RAKYAT
Kota Belud. Kemasukan beramai ramai bekas bekas pegawai kanan kerajaan dalam Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membuktikan pengundi kawasan parlimen Kota Belud nekad mahu merubah pemimpin dikawasan tersebut selepas pilihan raya akan datang, malah pelbagai etnik terbesar kawasan Kota Belud sebulat suara mahu parti Harapan Rakyat Sabah dan gabungan pakatan lain mengotakan janji mereka satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang tidak termasuk parti pembangkang dari Semananjung Malaysia jika mereka tidak sertai pakatan Sabah.
Selain dari bekas bekas pegawai kanan jabatan kerajaan turut menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah ialah golongan artis artis tempatan serta golongan beberapa ahli perniagaan walaupun sekadar ahli biasa sahaja memandangkan mereka faham misi perjuangan pakatan Sabah, tidak hairan lah jika 4 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen dalam kawasan Kota Belud mampu memberi kemenangan besar dalam pilihan raya kepada Pakatan Sabah jika bertanding satu lawan satu dengan BN atau 2 lawan 1 jika pembangkang Malaysia turut menurunkan calon bagi setiap Dun Sabah khususnya kawasan Parlimen Kota Belud.
Pengarah Kuminikasi Parti Harapan Rakyat Sabah merangkap Naib Ketua Bahagian Harapan Rakyat Parlimen Kota Belud Mr. Kanul Gindol berkata demikian pada media-terkini-sabah.blogspot.com semasa menerima kemasukan seorang bekas pegawai kanan Jabatan Pendidikan Sabah Kushan Koridau yang diterima Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin dekat sini, malah diramal DUN Kadamaian, Tempasuk, Usukan dan Pintasan serta PARLIMEN Kota Belud tidak mustahil pengundi akan memberi kemenangan kepada Pakatan Sabah seperti suara yang mereka ungkapkan dalam setiap jelajah para pemimpin Parti Harapan Rakyat Sabah jika mampu merealisasikan gabungan pakatan Sabah sampai pilihan raya jelasnya.
Menurut Kanul Gindol, semua pemimpin dari pakatan Sabah seperti SOLIDERITI TANAH AUR KU, PATI MAJU SABAH, PARTI CINTA SABAH dan PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH bahagian Kota Belud dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyusun jentera gerak pilihan raya dalam masa terdekat ini, penyatuan penting bagi meyakinkan seluruh pengundi kawasan parlimen Kota Belud agar boleh mendapat kepercayaan dalam perjuangan bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional serta mana mana parti pembangkang dari Semananjung Malaysia yang tidak memberi peluang pada parti Sabahan dalam pilihan raya kali ini ujar beliau.
Media Terkini juga dimaklumkan semua parti gabungan dalam pakatan Sabah sudah siap siaga dalam gerakan pilihan raya terutama risikan pengundi disamping gerak gempur menangkis pelbagai tohmahan para pemimpin parti lawan yang panas memperdaya pengundi seluruh parlimen Kota Belud, adalah menjadi asas perjuangan semua parti gabungan pakatan Sabah tidak akan menyerah kalah apa tak lagi dituduh pelbagai tohmahan sebagai kuda tunggangan parti besar sedangkan parti Sabah nekad berjuang kearah pembela masa hadapan rakyat dalam negeri ini yang perlukan sesuatu perubahan jelas Harapan Rakyat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan