Rabu, 4 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
TUNJANG PAKATAN SABAH WAJAR DICONTOHI
Sabah. Pemimpin parti politik terutama parti pembangkang (bukan pakatan Sabah) wajar mencontohi kepimpinan prihatin bersikap terbuka dan jujur pada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama, sikap orang politik yang pilih bulu untuk didekati merupakan bukan politik untuk rakyat jelata melainkan sekadar mempergunakan rakyat sebagai pengundi agar mereka menang dan menjadi wakil rakyat serta beroleh jawatan tinggi.
Pemimpin contoh adalah Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dari Parti Solideriti Tanah Air Ku dan Parti Harapan Rakyat Sabah kedua dua tokoh ini jelas membuktikan mereka tidak terpedaya dengan jawatan tinggi jika rakyat jelata terabai dalam ekonomi dan pembangunan, malah kedua dua tokoh politik ini amat baik dan ramah mesra ketika ditemui orang kuat media terkini dan media misteri dalam Sabah dan Sarawak, keiklasan perjuangan politik adalah sanggup bersemuka dengan sesiapa sahaja demi mendengar keluhan masyarakat tanpa memilih golongan tertentu bagi rakan politik terutama mereka yang menggunakan protokol berjumpa rakyat sehingga ramai rakyat jelata gagal meluahkan masaalah sebenar mereka untuk diketengahkan.
Kedua dua tokoh tersebut juga merupakan orang pertama berbual mesra dengan Editor media-terkini-sabah.blogspot.com Arman Karim dalam pertemuan awal tahun 2017 walaupun akbar ini terlalu kerdil berbanding dengan pelbagai akbar lain dalam Sabah yang terkenal puluhan tahun lalu, jelas membuktikan kedua dua tokoh tunjang parti pakatan Sabah bersama sama dengan rakan rakan pakatan lain perlu terima bahawa penentu kekuatan parti adalah undi rakyat jelata tanpa mengira keturunan dan agama serta pendidikan tertinggi.
Pakatan Sabah juga wajar memperkasakan diri sebagai jentera utama bagi menghadapi pilihan raya ke 14 yang dijangka tak lama lagi serta dijangka berlawan dengan Parti Parti dari Semenanjung seperti KEADILAN, AMANAH, DAP, BERSATU DAN PAS SERTA PERSENDIRIAN WARISAN, jika diambil kira kes ini bukan senang mahu memenangi hati pengundi jika masing masing cuba bertanding sesama sendiri bagi berhadapan kompen BN apa tak lagi jika para pemimpin diperingkat bahagian masih leka tanpa usaha meraih sokongan rakyat berbilang kaum akibat kelalaian dalam pemilihan golongan pemimpin yang berjiwa pembela orang  yang memerlukan.
CABARAN PARTI PAKATAN SABAH MENGHADAPI PILIHANRAYA ke14 BESAR KEMUNGKINAN CERAH JIKA SEMUA JENTERA PETUGAS BENAR BENAR SAMPAI DIJIWA RAKYAT JELATA KHUSUSNYA SEMUA DAFTAR PEMILIH DISETIAP KAWASAN PILIHAN RAYA MASING MASING SEBALIKNYA SIAPA YANG GAGAL MENAWAN HATI PENGUNDI MAKA CABARAN MENANTI MEREKA (CALON) ADALAH KEKALAHAN ATAU MUNGKIN HILANG WANG PERTARUHAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan