Khamis, 26 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
HARAPAN RAKYAT DAMPINGI TIONGHUA TANPA BATASAN
Beaufort. Perjuangan Parti Pakatan Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) telah diterima semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama terutama kaum tionghua sempena tahun baru Cina 2017 dengan kunjungan pemimpin tertinggi parti tanpa merasa lelah, perjuangan mereka menumpukan perhatian pada seluruh rakyat jelata walau dimana sekalipun rakyat berada selagi mampu memperjuangkan kepentingan rakyat jelata dalam negeri Sabah terus menjadi keutamaan dan jauh sekali pelbagai tohmahan mengejar kepentingan peribadi.
Perjalanan para pemimpin tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sepanjang hari  ini meliputi Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk bagi mengagihkan Kalender serta Orenge kepada para tetamu diseluruh kedai kawasan tersebut, malah ramai kaum tionghua setempat berterima kasih dengan program yang dianjurkan oleh kepimpinan tertinggi Harapan Rakyat demi mengingati rakyat jelata kaum Cina walaupun para pemimpin terlibat merupakan golongan KDM namun ingatan tulus iklas tetap disempurnakan.
Menurut masyarakat kaum tionghua sekitar Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk yang ditemui Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin merupakan pemimpin yang berkrisma dan tidak pernah melupakan tanggongjawab nya terhadap rakyat jelata setiap masa, hanya musuh politik sahaja yang sering mempertikaikan krisma kepimpinan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin dan bukan dari kami rakyat jelata Beaufort Kuala Penyu atau Menumbuk dimana tiap tahun kerap sekali Pemimpin Harapan Rakyat Sabah melakukan lawatan bertanya kabar berita ujar mereka.
Diantara pemimpin Harapan Rakyat mengiringi Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin menemui kaum Tionghua di Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk ialah, Datin Normilah Siong (Isteri) Mr. Kanul Gindol Pengarah Komunikasi Harapan Rakyat, Yang Berbahagia Karim Adam (Mantan Wakil Rakyat Dun Kundasang) kini Ketua Penerangan Parti Harapan Rakyat Sabah dan Naib Presiden Harapan Rakyat Sabah Patrick Sadom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan