Sabtu, 7 Januari 2017

EDISI KHAS 8 JANUARI 2017 DEWAN HAKKA TG. LIPAT KOTA KINABALU SABAH
PAKATAN HARAPAN VS PAKATAN SABAH ?
Oleh Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
Sejajar dengan Pelancaran Pakatan pengundi Sabah minta DUN biarlah diurus tabdir oleh semua pemimpin pakatan PARTI TEMPATAN SABAH dan PARLIMEN digagahi dengan semua Parti Parti Pakatan Malaysia demi mencapai hasrat PEMBANGKANG menawan dan membentuk Kerajaan di Putera Jaya.
KEGAGALAN DALAM PEMBENTUKAN PAKATAN DAN PENGAGIHAN KERUSI DUN DAN PARLIMEN MERUPAKAN MEMBERI PELUANG KEPADA BN TERUS MENGEKALKAN TAMPUK KERAJAAN SELEPAS PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG. RENUNGKAN SEMUA GABUNGAN PAKATAN SELURUH MALAYSIA BUKAN SIAPA HERO DAN SIAPA LEMAH. " AGENDA UTAMA MAHU MENANG".
Kemelut Pakatan Sabah Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Parti Maju Sabah (SAPP) Parti Solideriti Tanah Air Ku (SOLIDERITI) Parti Cinta Sabah (PCS) sukar bagi menjelas pada rakyat isu perjuangan memandangkan tidak ada petunjuk perpaduan berhubung agihan keruai dengan gabungan pembangkang berikutan pelancaran satu lagi Pakatan Pembangkang dari KEADILAN, DAP, PARTI KEBANGSAAN SABAH, AMANAH, WARISAN SABAH, dimana Datin Seri Dr. Wan Azizah belum mahu menjawab soal agihan kerusi parti parti pembangkang, tambahan pula semua pemimpin Pakatan Harapan Sabah terdiri dari DAP, KEADILAN, PARTI KEBANGSAAN SABAH dan AMANAH amat yakin tidak mahu membangkitkan isu agihan kerusi terhadap parti parti kecil pembangkang Sabah bagai ada kemungkinan semua kena ikut rentak DAP dan KEADILAN serta AMANAH semata mata. Bagi pengundi berdaftar dalam negeri ini nekad minta pemimpin mereka berkuasa memastikan agihan kerusi sama rata dan bukan untuk kekuatan beberapa politik besar atau politik kecil Sabah umpama kerdil serta mungkin dianggap kurang populor dalam tanggapan mereka meskipun suara orang Sabah nekad mahu ubah pada parti politik tempatan secara cukup bermaruah.
Pakatan Pembangkang ditunjangi oleh DAP KEADILAN sudah dilancar dengan agenda mengganti tampok kerajaan BN pada PRU ke 14 akan datang demikian juga PAKATAN PEMBANGKANG Sabah nekad juga mahu menumbangkan kerajaan BN namun dalam situasi perebutan kedudukan mungkin pembangkang tak mampu melaksana agenda mereka, bagi rakyat asal Sabah mereka cukup tertib dalam menjaga maruah politik mana yang harus dipilih asalkah martabat etnik mereka dihormati demi mengangkat martabat etnik warga pemimpin mereka.
Media Terkini yang membuat liputan pelancaran pakatan harapan Sabah mendapat pelbagai pandangan orang asal Sabah dimana ramai meminta diberi ruang pakatan Sabah parti tempatan mengurus DUN pada PRU ke 14 akan datang, jika UMNO dijadikan alasan tidak memberi ruang politik Sabah masa kini mengapa pula parti DAP, KEADILAN, AMANAH DAN BERSATU tidak memberi ruang pakatan Sabah mengurus pertandingan dengan BN. Kepada parti parti pembangkang seperti HARAPAN RAKYAT, SAPP,PCS dan SOLIDERITI yang juga ada menghantar wakil pemerhati semasa pelancaran pakatan DAP, AMANAH, KEADILAN, WARISAN, PKS dan DAP berdikari memenangi hati rakyat Sabah dalam rumah sendiri tanpa dikuasai oleh parti parti dari Semananjung Malaysia yang meluaskan empayar mereka dinegeri ini.
"PAKATAN SABAH seperti yang telah dipersetujui  4 parti Sabahan harus dipelihara dan disokong oleh rakyat negeri ini sendiri tanpa dipermainkan gimik politik otunomi, Batu Sumpah di Depan Dewan Undangan Negeri yang dipegamg oleh Mahkamah Anak Negeri, legasi politik Sabah cukup diterajui parti tempatan satu pakatan dimana mendapat tiupan semangat dari ahli bekas bekas Tentera Sabah sendiri jika anak anak asli Sabah benar benar mahu menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri ke 14 tampa kuasa kuasa tangan dari luar Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan