Rabu, 25 Januari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PBS BAHAGIAN KADAMAIAN PERLU TOLERAN
Kota Belud. Penyokong Barisan Nasional menggesa kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian agar bertoleransi dan menerima segala kehendak seluruh penyokong BN tanpa menafikan hak hak serta kuasa kuasa semua pegawai mahupun pemimpin parti kompenan yang lain bagi mengelak perpecahan dalam berhadapan parti pembangkang PRU 14 akan datang, selain dari itu terdapat juga beberapa pemimpin PBS Bahagian yang sukar menerima teguran membina daripada rakan rakan parti kompenan BN apa tak lagi dikalangan ahli ahli PBS sendiri sejak selepas pemilihan parti PBS bahagian yang baru bagaikan serumah berlainan meja dan pintu.
Hasrat PBS Kadamaian bagi menebus kerusi tersebut ditangan parti pembangkang terlalu sukar jika PBS bahagian tidak terus bermuhassabah memperbaiki diri apa tak lagi tak habis habis membuat komplen sesama ahli parti PBS sendiri, malah ia akan memperkukuhkan kekuatan parti pembangkang setempat menjelang tarikh pilihan raya ke 14 akan datang walaupun ramai meramalkan KADAMAIAN mantap BN namun pengundi parti pembangkang sejak setahun lalu bicara kedai kedai Kopi sungguh kukuh BN.
Kemelut perpecahan PBS Kadamaian dipercayai telah sampai kepengetahuan Datuk Seri Panglima Maxsimus Ongkili menurut sumber maklumat ahli ahli PBS bahagian DUN Kadamaian namun belum ada tanda tanda perdamaian dikalangan jentera PBS Bahagian dan ahli ahli PBS serta kompenan BN sehingga kini, perbelahan seumpama jika kurang gerakan penyatuan mampu memberi bunos kekuatan terhadap pelbagai parti pembangkang apa tak lagi dalam situasi panas menghadapi pilihan raya ke 14 Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) Kadamaian yang dijangka tidak lama lagi ujar penyokong BN setempat.
Kepimpinan PBS bahagian Kadamaian juga terus dibelenggu berikutan keengganan segelintir Pemimpin bahagiaan menjadi  rakan rakan satu perjuangan menghadapi pilihan raya ke 14 diramal tidak lama  lagi terhadap ahli ahli PBS mahupun dikalangan ahli ahli pelbagai parti kompenan BN setempat, perilaku serupa mampu memberi suntikan kekuatan mana mana parti pembangkang Sabah dan Malaysia amnya terutama HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI, PCS dan SAPP dalam gabungan PAKATAN SABAH tidak terkecuali parti Semananjung Malaysia seperti DAP, KEADILAN, AMANAH, BERSATU, PAS dan parti tempatan WARISAN dan PERPADUAN SABAH.
Luahan penyokong PBS dan Parti kompenan BN dalam lawatan media terkini Sabah dalam kunjungan KRU Media di Dun Kadamaian bagi mendapat maklumat pergolakan PBS Bahagian yang dilaporkan sedang bergolak panas akibat bimbang berlaku perebutan calon pilihan raya, masyarakat DUN Kadamaian menjangkakan jika kemelut seumpama gagal ditangani sampai menjelang pilihan raya akan datang sudah pasti saham penyokong parti pembangkang akan terus melonjak naik dimana mungkin mampu memenangi Dun pada PRU ke 14 akan datang ujar mereka
Menurut orang kampung penyokong PBS BN antara orang yang lebih berberkelayKberkelayakan menjadi calon BN Kadamaian ialah PPM Daimin Sulukan lebih 20 tahun sebagai Setiausaha PBS Bahagian Kadamaian tanpa ada cacat celah dalam PBS sehingga kehari ini, apapun pendedahan ini terserahlah jepada Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus J. Ongkili serta pemimpin tertinggi BN UMNO Sabah bagi memberi sokongan kepada PPM Daimin Sulukan diangkat menjadi Calon Pilihan Raya DUN Kadamaian akan datang
"HARAPAN SELURUH PENGUNDI PBS DAN BN UMNO KADAMAIAN AKAN MENDAPAT CALON PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG DEMI KEMENANGAN BN DUN KADAMAIAN YANG DITAWAN KEADILAN PADA PRU KE 13 MASA LALU".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan