Rabu, 18 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
PEMBANGKANG TAK SEIRING?
KOTA KINABALU.  Gerakan mendekati rakyat seluruh kawasan berhampiran tidak seiring dikalangan parti pembangkang melibatkan Pakatan Parti DAP, KEADILAN, AMANAH, BERSATU, PAS dan WARISAN PKS serta PERPADUAN, selain dari itu parti parti tempatan seperti HARAPAN, PCS, SAPP dan SOLIDERITI USNO BARU dalam kawasan Kota Kinabalu,  Sepanggar, Tuaran, Penampang dan Putatan juga bagaikan masing masing berjalan menawan hati rakyat demi meraih undi agar terangkat menjadi wakil DUN dan wakil PARLIMEN.
Kebanyakan rakyat yang didekati oleh orang orang politik yang berhasrat mahu menjadi calon pilihan raya tidak ada halangan tetap bagi memperkenalkan diri menjadi calon pilihan raya kawasan DUN dan PARLIMEN, namun yang menjadi persoalan rakyat jelata setempat ialah golongan ahli ahli parti yang mereka wakili ialah bagai terdapat tidak keserasian dalam perjuangan mereka dimana masing masing meraih undi rakyat jelata.
Bagi rakyat jelata yang sempat ditemui media terkini Parti Parti Pembangkang terlalu sukar bagi meraih undi penuh dalam kawasan kawasan tertentu mengikut etnik masing masing tanpa kesatuan penuh ahli ahli politik setiap kawasan semasa berita ini ditulis, namun masih banyak masa ahli ahli politik pembangkang membentuk kesepakatan mereka bagi meraih undi rakyat seperti apa yang politik kerajaan BN buat dalam gerakan meraih sokongan rakyat jelata dipelusuk daerah dalam Sabah mahupun Malaysia amnya.
SEMOGA SEMUA JENTERA POLITIK PEMBANGKANG DALAM KAWASAN TERSEBUT MAMPU MEMPERKEMASKAN PERPADUAN DAN PERJUANGAN MEREKA BAGI MERAIH SOKONGAN RAKYAT JELATA, SIKAP MASING MASING MEMBAWA DIRI TANPA KESEPAKATAN DALAM GERAK KERJA BERSAMA SEKADAR MEMBERI KESAN PERGESERAN SELURUH RAKYAT JELATA JIKA ATASAN TIDAK SEHALUAN DALAM MENITI ARUS POLITIK SEMASA YANG KIAN PANAS MEMBARA MENANTI DETIK PILIHAN RAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan