Isnin, 9 Januari 2017

Oleh. Jasly Dol/Bujie Tukarang
PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH DAPAT SOKONGAN
Kota Kinabalu. Kemantapan gabungan pakatan Sabah telah membuka mata dan hati bersih rakyat berdaftar sebagai pemilih dalam negeri ini berikutan kemasukan kumpulan ramai ahli ahli politik UMNO, PEMBANGKANG bukan Sabahan dan kini para penulis veteran serta aktivis masyarakat, perjuangan sepakat semua parti parti tempatan Sabahan atas kesedaran generasi masa kini kearah kematangan dalam mengukuhkan legasi politik mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara perpaduan rakyat asal Sabah.
Gabungan Harapan Rakyat, Solideriti, Sapp dan Pcs secara maufakat juga merupakan antara faktor utama ramai orang Sabah kembali bersama memperjuangkan agenda politik berwawasan berdasarkan pengalaman dan kelayakan semua Presiden Parti terlibat terutama ketelusan hati bersih demi rakyat, ramai bergelar pemimpin dalam Sabah namun sukar mencari telus iklas serta komited mendengar suara rakyat golongan orang orang petani, pekebun, buruh kilang mahupun nelayan melainkan ada orang politik gemar mendabik dada bagaikan perwira menang dalam perjuangan.
Orang orang asal Sabah juga yang banyak berbisik "Ayuh mari bersatu kembali dalam sebuah rumah utuh milik bersama masyarakat dalam Sabah ", kata kata tersebut menjadikan kekuatan dan masa depan politik tempatan asli Sabah berwibawa serta amat jelas bagai momokan politik dari luar Sabah sekadar berjuang mahu mempertahankan kedudukan politik rekod tanpa kalah dihati warga asli Sabah
Terbaru menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) Mr. Kanul Gindol seorang Penulis Veteran dan Aktivis serta Sosial Politik berasal dari Parlimen Kota Belud mengaku tersentuh ditunjuk oleh 4 Parti Politik bergabung satu pakatan demi rakyat Sabah, gandingan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin, Datuk Dr. Jeffery Kitingan, Datuk Yong Teck Lee serta Datuk Welfred Mojilip Bumburing dimana jika benar segala yang tersurat pasti rakyat jelata akan menyokong parti yang berpakat kearah penyatuan rakyat Sabah tegas beliau.
Sebagai pengalaman luas dalam dunia penulisan serta aktivis sosial & politik cukup jelas apabila terdapat penyatuan dalam parti politik secara rasmi dan bukan baling batu sembunyi tangan pasti memperolehi kepercayaan rakyat pelbagai etnik dalam negeri ini, malah tidak dinafikan banyak parti parti besar dalam negara ini namun dari nombor 1 sampai kepada kepimpinan bawahan masih terus pilih bulu dengan golongan tertentu sahaja dipelihara bagaikan anak emas katanya
Dalam tinjauan media terkini sejak beberapa bulan lepas ramai pemimpin bawahan parti pakatan dibentuk oleh DAP, KEADILAN, AMANAH serta BERSATU amnya mula mengintai ialah WARISAN mahupun PKS bagaikan sukar ditemui oleh rakyat jelata jika tidak berkedudukan tinggi mengalihkan halatuju politik rakyat, tidak hairan lah rakyat PAKATAN SABAH terus menjadi pilihan orang orang asal sabah walau dimana juga berada termasuklah SOLEDIRITI, SAPP, PCS DAN HARAPAN RAKYAT.
MR. KANUL GINDUL MENYERAHKAN BORANG KEMASUKAN AHLI HARAPAN RAKYAT KEPADA DATUK SERI PANGLIMA LAJIM HAJI UKIN PRESIDEN HARAPAN RAKYAT SAMBIL DISAKSIKAN OLEH MR. PATRICK SADOM NAIB PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan