Isnin, 4 Mac 2024

KIAN BANYAK FESYEN SEMAKIN RAMAI ANDRATU?

"Ribuan Fesyen Wanita Tersedia Masa Kini, Namun Ramai Juga Golongan Mereka Terus Menjadi Andratu, Bukan Sahaja Diluar Bandar Malah Turut Dikesan Sehingga Diluar Bandar" (Gambar Sekadar Hiasan)

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Pelik tapi benar seribu fesyen boleh dibentuk oleh golongan wanita bujang diseluruh negara setiap hari namun andratu juga dilapor terus meningkat tanpa pasangan.

Wanita berusia 38 tahun kebawah belum ada kerisauan jika belum memperolehi seorang suami,  namun jika wanita sudah melepasi umur 48 tahun dan keatas terbayang pelbagai cabaran dihadapan, namun mengapa mereka terus gagal memperolehi jodoh yang boleh berganding bahu memelihara hidup bersama sehingga hari tua mereka.

Pelbagai tanggapan masyarakat berhubung pertambahan ANDRATU antara 48 tahun hingga lebih 60 tahun diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah, namun sukar digambarkan perasaan golongan ANDRATU sehingga mereka masih gagal mendapat pasangan Suami yang seadanya bersama meniti kehidupan penuh kasih sayang. 

Golongan Andratu dilaporkan bukan sahaja warga desa malah ada juga yang berkerjaya dengan pendapatan memuaskan, namun terlalu sukar memperolehi jodoh sebagai pasangan hidup walaupun golongan terlibat memiliki paras wajah yang menawan.

Antara pandangan pakar perunding keluarga yang ditemui menerangkan faktor sukar mendapat jodoh adalah seperti berikut. 1. Memilih Pasangan Lelaki Berpendapatan Tinggi 2. Memilih Lelaki Berkereta dua 3. Memilih Lelaki Berperwatakan Handsome 4. Memilih Lelaki Mewah. 

Sebaliknya majoriti lelaki yang tersenarai diatas juga punya pilihan lain yang setaraf dengan darjat dan kemewahan mereka demi kestabilan dan keharmonian rumah tangga mereka, ini menyebabkan wanita yang gagal memperolehi impian mereka seperti para 1  sehingga para 4 keciwa dan membenci golongan lelaki sehingga jodoh mereka bagai tertutup ujar perunding keluarga.

Dalam menyelesaikan masaalah ANDRATU dalam negara banyak tips yang boleh digunapakai jika kaum wanita berusia lanjut berusaha sewajarnya tanpa memilih jodoh seadanya, namun jika golongan terlibat terus mendambakan impian mereka dilara 1 sehingga para 4  selepas berusia lanjut mungkin jodoh mereka sukar atau bertemu dikalangan usia lelaki tua tegas perunding keluarga.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga,  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan, Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan