Sabah. Semua pemimpin bahagian BN UMNO harus turun padang berjumpa rakyat pengundi bermula awal jika mereka mahu memenangi undi rakyat dalam Dun Sabah menjelang PRN akan datang.
Kegagalan BN UMNO diperingkat bahagian bersemuka sebilangan besar pengundi Sabahan dijangka bakal mengurangkan, sokongan para pengundi calon calon yang mereka bakal letak disetiap DUN terpilih memandangkan mereka akan mendepani beberapa gabungan parti yang mengimpikan kemenangan di Sabah.
Antara yang mempertaruhkan calon dari mereka ialah, Perikatan Nasional, Warisan, Pakatan Harapan, BN UMNO dan beberapa parti baharu yang juga meramalkan akan bertanding sama merebut 73 kerusi Dun akan datang.
Menurut warga pengundi Sabah yang ditemui, "Kami Memerlukan Penerangan Jelas Dari Ketua Ketua Bahagian Parti Yang Mahu Bertanding, Jangan Hanya Menampilkan Muka Masa Penamaan Calon Sahaja Dan Hilang Sebaik Lepas Pilihan Raya Negeri Kelak" jelas mereka kesal.
Dalam usaha kru Media Terkini menghubungi kepimpinan parti politik Sabah, ianya terlalu sukar bila telipon tidak disambut, pesanan rengkas dalam telipon tidak bersambut tak pasti mengapa menghadapi kesukaran menghubungi pemimpin parti mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan