Isnin, 20 Mac 2023

SEJAUH MANAKAH  KEKUATAN POLITIK SABAH? 

Oleh. Jasly Dollah

Cabaran ahli ahli parti politik masa kini bukan muda meraih sokongan  akar umbi rakyat jelata apabila ada rakyat yang boleh memilih sokongan parti yang berkeupayaan jelas mereka.  

Rakyat jelata seringkali  bijak memilih pemimpin yang mereka sokong setiap kali pilihan raya namun hanya calon calon bertanding  yang leka siapakah yang rakyat undi pada setiap kali pilihan raya ungkap rakyat jelata yang ditemui.

Rakyat jelata juga bebas menemui sesiapapun pemimpin parti politik yang bersikap rendah diri melawat sebarang perjumpaan rakyat jelata dimana mana juga kawasan Adun atau Parlimen selagi rakyat mampu menerima kehadiran golongan pemimpin parti politik setempat tegas rakyat yang ditemui. 

Cabaran pilihan rakyat jelata dikalangan para pemimpin parti politik sememangnya sukar diramal memandangkan rakyat jelata sentiasa bersikap terbuka menemui sesiapa juga pemimpin partai  yang mengunjungi kawasan mereka. 

Sama sama kita nantikan situasi pilihan raya negeri mahupun parlimen akan datang walaupun parti politik semakin bertambah bukan sahaja diperingkat parlimen malah disetiap negeri juga parti politik umpama cendawan tumbuh selepas musim hujan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan