Sabtu, 25 Mac 2023

ROKOK DAN UBAT DIKAKI LIMA 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Mengambara dinegeri ini perlu melihat dilorong lorong pejalan kaki deretan orang 


 berjualan ROKOK SERTA PELBAGAI JENIS KAPSULBUBAT UBATAN dipercayai dari negara jiran terdekat sejak puluhan tahun yang lalu.

Selain dari iti kanak kanak orang asing terus berkeliaran menjual rokok seludup serta meminta duit makan dikalangan orang ramai secara berkumpulan setiap hari tanpa ada kesedaran sebilangan warga Sabah tidak menjadi pelanggan mereka. 

Menurut beberapa bekas veteran pegawai kerajaan yang ditemui, jika urusniaga orang asing ini tidak dibantu orang tempatan dalam 4 bulan sahaja mereka sudah pasti pulang ke kampung halaman asal mereka, jika mereka PATI mencuri merompak sekalipun pihak keselamatan dalam negara ini mampu memberkas mereka namun ianya sukar dibendung berikutan mereka terus dikunjungi pelanggan warga Sabah sendiri.

Sudah berpuluh tahun isu ini berlanjutan dan tangkapan demi tangkapan dibuat pihak berkuasa namun pelanggan mereka terus bertambah setiap hari, dalam kes seumpama perokok warga Sabah harus disiasat supaya mampu membenteras peniaga rokok seludup disamping pembeli uvat ubatan kaki lima dapat dikawal dengan denda yang setimpal ujar orang ramai.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan