Khamis, 25 September 2025

WACANA MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI

Oleh. Norsham Haji Tukirin dan Rojaili Kirwan

Sabah. Detik menjelang pilihan raya negeri Sabah rakyat jelata melaporkan masih sunyi  sepi gerak jentera orang orang parti politik khususnya luar bandar. 

      Sebilangan dari mereka yang bersuara hanya lah kumpulan pemidato amnya pembidas politik lawan namun jarang sampai melihat masaalah diluar bandar walau mereka mampu lakukan nya, kes tersebut menjadi tanda tanya rakyat jelata bila kah bakal bakal calon tampil turun padang melihat keadaan semua perkampungan luar bandar yang amat memerlukan pembangunan dan ekonom luar bandar. 

         Ramai juga orang parti politik baharu yang memilih golongan orang yang ditemui walaupun individu terlibat baru memperkenalkan diri terjun politik namun sudah memilih yang disukai, mungkin kah rakyat kampung warga pengundi mampu menerima kepimpinan seumpama terlalu sukar bagi mentafsir halatuju pemimpin politik seumpama dalam pilihan raya negeri tak lama lagi. 

      Menurut pengundi Sabah, orang politik yang memilih rakyat untuk didampingi tidak mungkin mendapat sokongan undi majoriti  dalam pilihan raya negeri kelak, malah ada juga orang parti politik  yang dilaporkan tidak mengenali rakyat jelata walau berulangkali berjumpa tanpa alasan yang munasabah.

        Sehingga berita ini ditulis masih banyak rakyat pengundi keciwa dengan sebilangan orang politik yang dilaporkan pilih kasih melalui 73 kerusi Dun Sabah, ianya mungkin akan dikenang rakyat pengundi dalam pilihan raya negeri tahun ini walaupun November 2025 masih terlalu lama penantian ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan