Gaza. Gandaan bantuan dari pelbagai negara
sentiasa dipantau dan diganggu Israel.
Semua penghantar bantuan ke bumi Gaza perlu menggunakan kawalan ketenteraan negara negara maju sehingga selesai agihan bantuan mereka kepada warga Gaza, tindakan membelakangkan pengiring ketenteraan belayar dilautan mendepani rejim zionis Israel hanya mengundang bahaya setiap peserta misi menghantar bantuan ke bumi Gaza.
Setiap kumpulan pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah yang puluhan tahun mendepani serangan Israel kadangkala ramai yang terbunuh, ini kan pula orang ramai yang Israel rasa menggugat tekanan mereka terhadap Gaza pasti akan dihalang walau pelbagai cara termasuklah mungkin mengancam nyawa mereka.
Menurut pemerhati keselamatan antara bangsa, tindakan Itali dan Sepanyol menghantar bantuan Kapal Tentera bagi pengiring konvoi penghantar bantuan ke bumi Gaza, merupakan satu langkah keselamatan peserta konvoi berkenaan dari ancaman Israel serta agent agent perisikan Israel yang memiliki pelbagai kepakaran luar biasa.
Mampukah negara negara maju mahupun negara membangun bermaufakat bagi mengusirkan Israel dibumi Gaza masa kini masih samar jawapan nya, sebaliknya semua kehancuran bumi Gaza masa kini berlaku akibat tidak ada maufakat pihak berkuasa seluruh dunia bagi mempertahan rakyat dan bangunan mencakar langit.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan